MAKAN NASI DAGING UTARA DALAM DULANG TIGA BERADIK

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum...

DAH berapa kali nak buat pesanan Nasi Daging Utara dari Rumah Mas, tapi asyik lari 'timing'. Bila Mas buka tempahan, kadang tak kena hari atau berada di luar kawasan. Agaknya belum ada rezeki la tu kan.


Rezeki, memang cantik sangat la, bila nampak di ig, Mas buka tempahan Nasi Daging ni. Kebetulan pulak, hari Khamis, Sk terus tempah dua dulang untuk dibawa ke Senai. Rumah Mas tak buka tempahan pek individu untuk Nasi Daging Utara. Terpaksa akur bila Mas beritahu, harga sedulang kini RM59.


Risau takut tak cukup dagingnya, Sk singgah beli Ayam Panggang Baker's Cottage perisa Barbeque. Juga dah naik harganya RM1. Mujurlah naik RM1 sahajo, masih murah lagi berbanding beli ayam mentah seekor.


Mesej Cik Ani, datang Senai tak, petang? Rupanya masa Sk bertanya tu, dia memang ada di Senai dan tak bercadang untuk datang petang. Tapi, Cik Ani bersetuju untuk datang semula ke Senai petang tu.

Kemudian, mesej Angah, tanya balik pukul berapa? Kakak akauntan ni kan mana pernah balik cepat padahal hari khamis di Johor, kakitangan kerajaan balik jam 3.30. Angah bersetuju untuk balik pukul 4. 


Semua dah sampai ke rumah, barulah nasi dalam dulang dirasmikan. Nak makan dalam dulang, kenalah bersimpuh di lantai. Ibu ceduk nasi dalam pinggan dari dulang lagi satu dan makan di meja. Kalau Cikwa dan Along nampak gambar ni, jangan kecik hati, nanti lari lagi hajat nak makan Nasi Daging dalam dulang jika nak dikumpulkan semua lima beradik 😂


Dalam gambar ni, dulangnya comel beno kan. Mula risau tak cukup, tapi setelah digembur, nasinya penuh melimpah satu dulang. Boleh makan bukan tiga beradik tapi tambah dengan Indah dan Zulaikha. Cuma Zulaikha tu makan sikit aje la.. budak-budak, kan.  Sedaplah nasi dagingnya, kalau makan masa panas-panas lagilah sedap. Tapi semalam hujan bercurahan seharian, nasi pun cepat sejuk. 

Tak apa, nanti kalau semua balik, kita suruh Cik Ani masak nasi macam Hari Jadi Che Li hari tu, buat empat dulang. Tak payah cuci pinggan.. hahahahaha.. hahahahaha.





Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. wahhhh.. sedap.. puas makan ni. hehe

    ReplyDelete
  2. Nasi daging dia memang sedap Kak..kita pernah makan kawan bagi beli dari sana.. lepas dr tu laa baru kenai Rumah Mas hehehehe

    ReplyDelete
  3. wah! Nampak semuanya berselera makan nasi daging utara tu....

    ReplyDelete
  4. Beli nasi terus dapat dulang sekali. Boleh gak buat guna kat rumah kan. Seronok makan ramai ramai. Tulah tu, tengok nasinya banyak boleh share 5 orang macam tu.

    ReplyDelete
  5. Dulang tu pakai buang ke kak? Hehe

    ReplyDelete
  6. maCam rupa makan nasi ambeng dah ni...makan setalam bertiga. Senang nak order lagi kalau nak buat majlis kecil kan SK.

    ReplyDelete
  7. Kalau kat Kedah belah Pendang terutama kat Pondok Hampar..memang nasi daging dalma talam menjadi hidangan kenduri..Rindunya nasi daging talam macam SK makan ni

    ReplyDelete
  8. dah lama tak makan dalam talam macam ni. Nasi daging utara pun susah nak dapat area subang ni. Sedap makan ramai2 macam ni hehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!