ASAM PEDAS IKAN PARI YANG MENYELERAKAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum...

ASAM Pedas Ikan Pari, lauk kami tiga beranak malam tadi. Bulat mata Sk macam tak percaya bila Pak Inche minta masakkan lauk asam pedas. Kalau tidak, asyik-asyik kari sambal, sambal kari, kan. Tapi,lagi kelakar, SK dah lupa keberadaan ikan pari tu, dalam peti ais. Kemungkinan besar ikan pari tu dibeli pertengahan Januari lepas, ada Sk ceritakan DI SINI

Haaa.. tengah taip-taip ni, baru teringat cerita masa beli ikan pari. Syukur CPU dalam otak ni masih simpan memori penting ni. Ceritanya, Sk pilih ikan pari siap potong tu dua keping, lalu Sk serahkan pada kakak tomboi tu untuk dipochong-pochong dipotong-potong. Masa tu, ada seorang pelanggan lain sedang bayar dan ambil plastik berisi banyak jenis ikan. Ingat lagi plastik dia besar warna putih. Dah siap potong ikan Sk tu (yang potong orang lain), dorang pun pas la plastik ikan tu pada kak tom dan kak tom beri pada Sk. "Kenapa macam sikit?" Tanya Sk. Ikan tu dua keping besar, kan, tapi macam ada empat lima ketul jer dalam plastik tu. Kakak tu belek sekejap plastik ikan tu, kemudian dia kata, ikan dah potong-potong, jadi nampak sikit.

Sk masih kabur-kabur la kat situ, takkan nak tipu pulak, kan. Bukan baru-baru Sk beli ikan kat situ, dah bertahun. Rasa macam nak buka plastik kira berapa keping ikannya, cantumkan balik, hihi. Tengah-tengah keliru tu, tetiba pelanggan yang beli ikan banyak dalam plastik besar putih tu datang semula. Ikan tak cukup dia kata. Dahhhh.. dorang lupa masukkan, katanya. Nasib baiklah orang tu periksa semula sebelum masuk dalam boot kereta. Sk punya ikan, haaaaa.. ada tu, dia baru nak potong lagi sekeping. Hurmmmm... peliks! Dahlah ikan mahal sekarang, agak-agakla kan.. eh, sabar ajelah kita.

Siap dah Asam Pedasnya. Gembira sungguh Iman, lama emaknya tak masak asam pedas, kan, haha. Biasalah, nak cerita pasal satu lauk jer pun, intro meleret-leret. Penting tahu kisah di sebalik semua peristiwa ni. Jadi, nanti anak cucu bila baca, tahulah kisah sejarah atuknya yang rajin nau nau ke pasar, hihi. Selalu orang Johor, masak asam pedas letak daun kesom, tapi Sk jarang la ada stok kesom ni, nak petik kat  laman, pokok pun tak ada, hahaha.. nak singgah kedai lagilah, kirim salam. Siapa yang nak tengok resepi, bolehlah intai-intai DI SINI tapi yang tu Sk masak Pari Burung. Jap.. ikan ke burung? Namanya Pari Burung, sebab ada muncung macam burung, katanya. Boleh terbang ke tak? Wallahu'alam.. terbang dalam air la kot, hihi.

Kalau masak asam pedas, kenalah dikawankan dengan telur dadar. Ni atas permintaan Iman la. Kalau Sk, tak ada telur pun tak apa. Kalau orang dulu-dulu, tambah telur tu supaya anak kenyang makan. Ialah, ikan selar ke, kembong ke, seekor biasanya dipotong-potong. Kadang tu, masa kami kecik dulu, ikan sardin pun belah empat. Nasiblah sardin dulu besar-besar. Jadi, tambahlah telur, biar cukup lauk. Teringat dulu sepupu Sk yang paling syaiton nakal, dia panggil ni telur masak besar. Hari-hari mak dia kena buat telur masak besar. Dia tak makan kuah ya, dia makan nasi dengan sos tomato dan telur masak besar. Tapi Alhamdulillah, besar aje badannya. Maklumlah keturunan kami memang ditakdirkan besar-besar begitu, hahaha. 

Tips nak goreng telur dadar supaya besar dan kembang adalah dengan mencampurkan sedikit air. Panaskan kuali, letak minyak agak banyak, bila minyak dah panas, baru tuangkan telur yang telah dicampur bersama garam dan air. Air tu, jangalah sampai secawan pulak. Ada kawan Sk cerita, kakak iparnya yang berniaga nasi lemak, akan campur telur dengan air, kemudian pukul sampai kembang sebelum didadar. Jadi, dapatlah banyak telurnya. Kalau 100 peratus telur, memang susah nak balik modal tambah dengan penat nak bangun pagi masak nasi lemak. Tu zaman telur belum mahal ya. Sekarang ni, mungkin terpaksalah naikkan harga. Takkan nak letak air banyak-banyak pulak.


Pak Inche tanya, ada ikan goreng tak? Selalu dia pesan aje, buat ikan goreng, tapi semalam dia cuma cakap masak asam pedas. Nasib baiklah terfikir nak asingkan dua potong pari untuk digoreng. Tahulah, ikan pari ni kan sepotong tu besar, ada tulang sekeping kat tengah tu, jadi, Sk belah dua pulak. Jadi empat keping. Sk perap dengan garam dan kunyit jer. Kadang, benda-benda macam ni boleh jadi gaduh. Pak Inche tu, kalau tak dapat makanan kesukaan dia, mahu karang jadik macam Si Pekan. Tapi, tu dulu-dulu la.. sekarang, goreng jer ikan kering, ada sambal belacan, telur goreng letak kicap, sejuklah hati dia, hahahaha.


Pukul  9, barulah makan, lepas Iman habis kelas online MUET. 
Kisahnya semalam, Pak Inche balik tu dengan muka yang bermasalah. Kad tertinggal di mesin CDM lepas dia pindahkan duit. Katanya, lepas masukkan duit dan keluar resit, ada panggilan masuk ke telefon. Jadi, lepas angkat panggilan tu, dia ambil resit dan terus jalan keluar ke pintu. Kan, kalau kita buat pindahan, nanti mesin akan tanya, nak berurusan lagi atau tak, kemudian kalau kita kata tak, barulah kad dikeluarkan dari mesin. Tapi, disebabkan dapat panggilan tu, Pak Inche terus lupa pasal kad tu, dah sampai Tun Aminah, baru teringat, ambil tak kad tu? Tengok dalam wallet, tak ada.

Jadi, dia telefon hotline. Nama aje hotline, tapi tak dijawab-jawab. Tentulah risau, kan. Dibuatnya ditemui orang yang tak bertanggungjawab? Padahal, ramai jer orang baik dalam dunia ni, tapi tetap risau. Sk google nombor yang patut dihubungi bila tertinggal atau kehilangan kad bank, dapatlah satu nombor ni. Syukur, setelah melalui berbagai prosedur operator, tekan star la, satu la, dapat jugak bercakap dengan operator bertugas. Kenalah jawab soalan-soalan yang diberi bagi memastikan kita memang pemilik kad tu dan akhirnya penggunaan kad telah pun berjaya disekat. Memang sebelum tu, tiada siapa guna dan bayaran yang dibuat tu pun ada dalam sistem. Syukurrrr... barulah boleh makan dengan berselera. 




Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Laaa... itu ke cara rahsia telur dadar kat kedai tu?

    ReplyDelete
  2. org itu kurang ikan, SK kurang ikan..apa motif? mulalah otak nak fikir macam2kan.

    Kad bank sekarang risau gak...kalau tak disekat. Sesedap rasa je nanti yg dpt tu gi "paywave" sna sini

    ReplyDelete
  3. Wah..kalau Johorean yang masak asam pedas,haruslah sedap..warna pun dah tau kata sedap..Manusia bersifat baharu.Berubah dengan waktu..
    Ayat untuk PI yang dah suka asam pedas..hihihi

    ReplyDelete
  4. tip tu la jugak saya guna SK. bila dah pandai buat telur dadar, asik nak buat je pulak. teruja bila telur tu kembang,.

    ReplyDelete
  5. Walau pun lama tidur alam peti sejuk tapi ikan pari masih nampak cantik. Tengok tu melentik ekornya. Selalunya Mama Cella akan kata.... ikan sudah jadi fosil dalam peti sejuk hihihiii.

    ReplyDelete
  6. Harini jiran belakang open order barang pasar, takde plak pari potong, ikan lain ada...
    Kita baru siap masak asam pedas belimbing buluh hahahaha nantikan entri ku lalalalala

    ReplyDelete
  7. Kalau asam pedas memang lauk gandingan dia mesti telur dadar kan..baru la kena...

    ReplyDelete
  8. jaman wak kecik2 dulu, ikan pari ni tak laku
    Sekarang harganya mahal ya ampun

    ReplyDelete
  9. Ada yang request kita masakkan je lah. Asalkan puas hati makan. Ikan mahal, mujurlah check kan. Kalau tidak, sia sia membayar ikan dapat sikit je. sabo je lah.
    Ohhh macam tu ke cara goreng telur dadar bagi kembang. Terima kasih share tipsnya kak. Berseleralah masing masing makana.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!