KARI KAMBING YANG SANGAT SEDAP

Seri Kandi Tanah Jauhar
12

 Assalamualaikum...

KEMBALI ke pangkal jalan 😆

Masa keluar rumah pagi tadi, hari masih gelap. Lantai di garaj basah menandakan hujan turun awal pagi. Tak sedar langsung hujan, tidur mati 😂 Warga Johor ada yang bekerja hari ini terutama sektor kerajaan. Terajin pulak menggosok baju korporat. Dah tak tahu nak pakai baju apa, tak ada bajet nak beli baju baru, tapi kalau nampak pinggan cantik, hati meronta-ronta mahu, huhuhu.


Kari Kambing masak tengahari semalam. Makannya lewat sikit sebab dah makan sarapan berat yang ditapau dari Warung Sebelah Rumah MB tu. Agaknya lama tak masak, sampai terlupa masukkan asam keping. Dah nak makan pulak tu, baru teringat. Cepat-cepat buka semula api dan campak du asam keping aka asam gelugor.. hihi.

Kari Kambing

500 gram daging kambing
1 buku besar halia (pecahkan)
Sedikit minyak untuk menumis
1 kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
1 biji bawang besar merah (kisar halus)
4 ulas bawang merah (kisar halus)
3 ulas bawang putih (pecahkan dengan kulitnya)
2 tangkai daun kari
4 sudu rempah kari daging
1 sudu serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kunyit
Air secukupnya
2 keping asam gelugor
2 biji kentang (potong dua atau empat(

Cara-cara :

1. Rebus daging kambing dengan halia hingga empuk.

2. Panaskan minyak masak, masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang.

3. Masukkan bahan kisar, bawang putih, bunga cengkih dan buah pelaga, tumis hingga wangi.

4. Masukkan daun kari, rempah kari, serbuk cili dan serbuk kunyit. Tambah air sedikit sedikit sambil dikacau. Masak hingga terbit minyak.

5. Apabila rempah tumisan cukup masak, masukkan daging kambing dan kentang, tambah air rebusan daging kambing secukupnya, masak hingga mendidih.

6. Masukkan asam gelugor, garam secukup rasa dan ajinomoto jika suka.

7. Kalau ada tomato, bolehlah dimasukkan di akhir sekali sebelum menutup api.


Sebab Iman kerja, makan berdua sajalah dengan Pak Inche. Sayu rasa hati bila dah tinggal berdua ni. Iman pun dah isi borang permohonan sambung pengajian. Bapak eh dah pesan, jangan minta jauh-jauh 😅. Hari ni dah pesan dengan Iman, panaskan lauk dan masak nasi, panaskan kari kambing.


Goreng ikan gelama kepala dua ni. Tapi, macam tak berapa layan sangat ikan kering ni. Feel dia lain la makan kari kambing tak sesuai dilawankan dengan ikan kering.


Papadom. 
Haaa.. ini baru sesuai lawan dengan kari kambing. Dia punya pergi macam makan Nasi Daun Pisang di Ashoka Curry House.. hehehehehe.

Syukur.. Alhamdulillah ❤️





Post a Comment

12Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Bini PI ni lagi pandai masak kari la...Menarik sungguh kari dia ...kambing pulak tu...
    Selamat kembali ke pangkal jalan🤣

    ReplyDelete
  2. ya Allah kakkk, sedapnya! Imannnnn, ada lebih tak? Nak bawak pinggan..hahahahha

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam. Dah sesat jalan pandai-pandailah kembali ke pangkal jalan ye SK hihiiii.
    Cukup rasa sudah tu kari kambingnya walaupun terlewat campak asam keping.

    ReplyDelete
  4. waalaikumussalam. sedapnya semua menu tu :D

    ReplyDelete
  5. sis dengan kambing terpaksa mengalah, mmg susah sikit nk telan. tapi asben ngan anak sulung mmg suka sungguh ngan kari kambing

    ReplyDelete
  6. kambing memang sedap untuk layan...harga juga boleh tahan

    ReplyDelete
  7. Mabeles kari kambing kak SK. Ngam makan ada side dish ada ikan masin gelama dan papadom.

    ReplyDelete
  8. Alaaa....saje je kan...kita blom dapat lagi kari kambing sedap ni....baru share resepi je...

    ReplyDelete
  9. Lamanya tak buat kari kambing... nanti nak buatlah...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!