Assalamualaikum...
"AKAK cuba Nasi Rawon dia, kak," komen Huda, kawan sepejabat Pak Inche, dalam post Warung Boyan Sk, di instagram. Ah, kalau Huda yang rekomen, mesti sedap punya. Tekak Huda pun jenis cerewet jugak malah suami Huda pakar jugak dalam bidang masakan ditambah mereka kerap mengambil tempahan katering.
Kebetulan pulak, Fidah bertanya tentang Warung Boyan, betulkah dah tak dekat kubur cina? Haaa.. masa dekat kubur cina tu, ramai yang teringin nak pergi makan tapi takut, hihi. Tak ada siapa yang berani nak pergi termasuk Pak Inche. Padahal, dulu-dulu, lek lek jer makan cendol dan rojak tepi kubur cina di Melaka. Cuma di sana, kubur lama, tinggal batu-batu tanda aje, tak ada bunga, tak ada gambar, kubur milik siapa pun tak tahu. Oh, sekarang jangan cari lagi, sebab dah dipindahkan. Bukan kuburnya, tapi warung cendol dan rojak tu, hihi.
Eh, di Melaka juga, banyak kedai makan dalam kawasan perkuburan melayu lama tau. Tak silap SK, Sup Tengkera tu pun sebelah aje dengan kubur. Siap ada rumah lama yang masih berpenghuni di antara kubur tu. Eh, jap.. nak cerita pasal kubur atau Nasi Rawon ni? Hehehehe.
Jenuh cari tempat 'parking' kali ni. Dua kali pusing, tak ada tempat kosong. Memang tak ada kawasan letak kereta, kena letak di pinggir jalan. Masalahnya, depan tu ialah sekolah dan tahulah waktu makan tengahari juga ialah waktu pelajar pulang sekolah. Sk dah hampir putus asa tapi kesian pulak dekat Fidah. Mujur akhirnya terfikir nak masuk lorong perumahan depan Restoran Kacang Pool Haji. Menyelitlah di situ, tapi kena pastikan tidak menghalang jalan dan bukan di depan pagar rumah orang.
Baru jam 12 lebih, pelanggan belum ramai tapi tempat startegik yang Sk duduk sebelum ini telah diduduki pelanggan. Jadi, pilih meja tepi dinding, silau pulak mata mengadap pintu kaca. Datang staf membawa menu, sambil hulur menu, dia beritahu, sate belum ada. Agaknya lambat la kot. Fidah kata, tak apa, sebab hari tu dia baru makan sate di
R&H Cafe Muar. Haaa.. nampak tak pengaruh kawan kat situ.
Atas hasutan Huda, Sk pesan Nasi Rawon. Fidah pulak pesan Bakso dengan Maggi (mee segera). Baru Sk tahu, Fidah peminat maggi, hihi. Tak ambil gambar Bakso Fidah. Tapi, dia ni tak makan pedas dan tak berani makan sambal lada tu. Dia letak sambal kicap jer sikit. Aisehhh.. sedap ke bakso tu, Fidah? Sos-sos semua dia tak letak pun.
Kali ni, pesan Teh Botol pulak. Sajalah nak feeling-feeling ada di Bandung. Lama tak pergi Bandung, kan. Rinduuuuuuuu... bilalah dapat terbang lagi. Tapi, tengok keadaan terkini, lamberttttt lagi nampaknya dapat terbang. Mesti
Kota Bandung sunyi kan.
Ini pertama kali SK makan Nasi Rawon. Sebelum ni pernah tapau
Nasi Rawon DI SINI, tapi tapau ajelah, yang makannya orang lain. Ada perbezaan dari segi rupa antara Nasi Rawon di Warung Boyan ni, dengan
Nasi Rawon yang Sk TAPAU tu. Di Warung Boyan ni, dia cuma hidangkan nasi putih dengan sup sahaja. Walaupun begitu, sedap sangatlah sup ini di tekak SK walaupun hanya dimakan dengan nasi putih. Dagingnya seketul-seketul besar tapi empuk sangat. Sk tambahlah pulak makan dengan sambal bakso tu, ya ampunnnnn, pedas tapi nikmatnya lain macam. Walaupun pedas, tetap jugak laju menyuap. Ni kalau dapat teh o panassss.
Rawon merupakan masakan khas Jawa Timur dan Jawa Tengah serta dikatakan makanan raja-raja pada zaman dahulu. Ialah, isinya daging kan. Tentu masyarakat bangsawan dahulu jer yang mampu nak makan daging ni. Kini Rawon telah menjadi makanan kegemaran masyarakat Indonesia sehingga ke luar negara, tentunya di Malaysia dan Singapura yang berjiran tetangga.
Di luar negeri, Rawon disebut dengan nama 'Black Soup' kerana warnanya yang hitam. Warna hitam dari kuah Rawon berasal dari buah kepayang atau sering disebut dengan kluwak. Rawon menggunakan daging lembu sebagai bahan utama yang dimasak sehingga empuk. Sup Rawon mempunyai rasa manis berempah. Rawon biasanya disajikan bersama nasi hangat dan dilengkapi dengan tauge rebus. Untuk menambahkan rasa, bolehlah ditambah daun bawang, sambal dan jus limau mengikut selera masing-masing. Lebih menyelerakan lagi jika dihidang bersama keropok udang dan telur masin.
Tengah syok makan, lalu seorang staf depan kami membawa sepinggan sate. "Eh, sate,"kata Fidah. Sk tanyalah, kalau nak, boleh jer pesan, tapi jangan banyak, sebab Sk tak nak. Lagipun, kenangkan nak datang sini agak susah jugak nak letak kereta, baiklah kalau nak makan apa-apa, pesan aje. Orang kata, lebih baik menyesal makan, dari menyesal tak makan, hahaha. Lagipun, sate di
R&H Cafe tu sate Muo, yang ni Sate Padang. Tak sama tau rasa dan persembahannya.
Sk pernah makan
Sate Padang di Batam dan Restoran Pak Ri di Kempas. Bagi Sk, sate di Warung Boyan ni boleh dikatakan sedap la kalau nak dibandingkan dengan sate yang Sk makan di Batam tu. Mungkin sos kacangnya telah diolah cara masakan Malaysia. Jadi, Fidah pun pesan lima cucuk sate daging. Bila dah sampai, dia ajak kita makan. Sk menolak, memang kenyang sangat dah makan Nasi Rawon, semangkuk tu, menimbun dagingnya. Kesian pulak nampak Fidah nak habiskan lagi dua cucuk, kita tolonglah makan secucuk... Aaaaa.. setengah jam jugak la baru hilang lenguh rahang kunyah sate, hihihihi.
Sedapnyaa Kak... Kak tolong bawa saya pulaa Kak huhuhuhu...
ReplyDeletejadinya sedap la kan nasi rawon tu. teringin nak rasa sebab ala-ala sup daging.
ReplyDeleteKalau ke Indonesia, mesti nak kena teh botol.. Tapi sekarang, di sini pun ada jual.
ReplyDeleteskrg ni apa je makanan diraja yang kita tak makan..
ReplyDeletedulu katanya puding raja hanya utk raja2...tp sekarang kat online pun boleh order
Rasanya kita tinggalkan komen di sini kelmarin, tapi tak tinggal jejaknya pula.
ReplyDeletesimple je nasi rawon. Menu gini ayah Aien suka makan.
ReplyDeleteHidangan nasi rawon dengan kuah sup panas panas memang menyelerakan. Alamak, apalah rasa kawan akak makan tanpa sambal kan. Kita yang pempedas pulak tolong risau. Alang alang dah berjaya makan kat sini, rugi kalau tak cuba apa yang ada. Kang menyesal. Hehe...
ReplyDelete