NASI AYAM PENYET BANJIR SYURA & JAGUNG CHEESE

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum wbt

BERSAMBUNG dari kisah Meronda Tiga Mall tu...


Lepas beli shawl, kami pun ke Havoc Food Festival yang bertempat di Medan Letak Kereta bersebelahan Angsana Johor Bahru Mall. Untuk pengetahuan, Angsana Mall ni mepunyai dua buah medan letak kereta yang sangat besar dan juga kawasan letak kereta bertingkat. Sebab itulah ia selalu menjadi pilihan pelbagai acara seperti Jom Heboh TV3.


Cuaca yang panas berdenting membuatkan macam tak cukup tenaga nak menjengah setiap gerai. Nak buka mata pun kecik aje, spek pulak lupa nak pakai. Tapi agaknya sebab cuaca panas sangat, orang pun tak berapa ramai.


Hantu meniaga pun tak berapa laku, alahai. Pakkal ajelah dah masuk, kita jalanlah sampai habis itupun pusing sikit aje.


Iman kata, Arianna Kitchen ni viral kat tik tok ig. Nampak jugaklah foundernya yang muda dan jelita tu, ramai sibuk bergambar. Tanya Iman, dia nak apa, nak air aje katanya. Masa nak beli tu, adik yang jual tu tanya, nak cawan besar ke kecik. Kami mintak yang kecik aje. Sk tanya berapa, RM5.. lap peluh terus. Sekali sedut, tawaq habiaq! Sabar ajelah.


Lepas tu, nampak Jagung Cheese Leleh. Iman memang berapa kali cakap teringin nak beli tapi kami belum jumpa lagi. Jadi, Sk belilah satu, nak rasa. Dia sebenarnya macam jagung kukus tu kan, tapi ada keju.


Lepas tu, Iman tunjuk, tu Syura. Haaa.. Sk memang tak cham langsung. Padahal zaman muda mudi dulu, pantanglah kalau nampak artis-artis ni kan. Masa tengah tunggu jagung, tiber Syura buat 'live'. Kitorang pun termasuklah dalam video live dia, hahah. Rupa-rupanya yang jual jagung tu adik-beradik dia.


Syura meniaga Nasi Ayam Penyet Banjir. Sebab Sk memang belum makan nasi, kan... SK pesanlah sebungkus. Iman sibuk tanya, bonda memang nak makan nasi ke sebab dia Syura, bonda nak beli. Bonda memang lapar nasi laaaaa...
 

Alang-alang tu.. kita bergambarlah sekali. Tak lupa jugak ucapkan Selamat Pengantin Baru untuk Syura. Semoga rumahtangga yang dibina berkekalan ke akhir hayat.


Berkilat dahi..  mantul ooo bergambar tengah panas.


Nasi Ayam Penyet Banjir Syura Badron. Berlambak nasi dia bagi dengan ayam 'whole leg'. Ada ulam raja eh tu, hirisan kubis, timun jepun dan tomato serta sambal yang pedas meletops!


Yang buat banjir, tuuuu haaa.. Tauhu Masak Lomak Cili Api, siramlah kat atas nasi bagi banjir. Berasap ohhh menahan kepedasan tapi sedap. Tak rugi beli.


Jagung Cheese Mantol. Tak sedap bila makan dengan cheese tu. Lebih baik makan tanpa cheese. Sudahnya, Iman keluarkan semua cheese.. hahahha.. tulah, mudah sangat terpengaruh dengan benda viral.


Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Glamourr-lah SK 'termasuk' live artis hihi...
    First time ni tengok tauhu masak lemak.

    ReplyDelete
  2. Aik nasi penyet ada kuah masak lemak pula? Pertama kali nampak menu pelik-pelik, air ada keju.

    ReplyDelete
  3. SA x suka jagung cheese leleh ni..suka yang biasa tu je...lain macam rasa dia...

    ReplyDelete
  4. cantik nye syura ni ehkkkk.... sedapp pulakk tengokkk kuah banjir tauhu masak lomak tuuu

    ReplyDelete
  5. Mantulll gambar ngn Syura, on point lighting tuuuu..Haha..Nampak sedap pulak makanan pedas gituhh, jadi terliur gue! Haaa, cam aneh tu jagung dicampur cheese, terasa muaknya kat tekak..cukup jagung susu jela...

    ReplyDelete
  6. Biasa kalau ada tempat macam ni memang gigihlah berjalan nak tengok apa yang ada. Panas pun panaslah, bukan selalu kan. Tergelak baca pontianak meletop tu. hahaha...

    Dah termasuk dalam live kenalah membeli ye tak. hihi..unik nasi ayam penyet dia ada lauk tauhu masak lemak cili api. Pelik jugak tauhu masak lemak cili api. Satu kelainanlah kan.

    ReplyDelete
  7. Eh, sama pulak selera Iman dengan Firdaus. Firdaus pun tak suka makan jagung bercheese.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!