DURIAN GORENG TEMPURA YANG SANGAT SEDAP

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum...

MALAM tadi tak memasak. Pak Inche pulak belum makan nasi. Tak tahu nak masak apa, hurmm.. lebih kepada malas sebenarnya. Makan di Senoko, kata Pak Inche. Tengok haribulan, rasanya, Senoko tutup. Sk diberitahu oleh anak tauke Senoko tu, mereka bercuti dua kali sebulan, pada selasa dan rabu pertengahan bulan. Bila Sk hantar whatsapp bertanya, memang betul, mereka bercuti.

Malas (malas memanjang) nak keluar jauh-jauh, kami makan di Permit Tomyam di Pulai Mutiara. Masa PKP dulu, beberapa kali kalau datang penyakit M, pesan secara penghantaran dari Permit. Kali ni, nak makan di sana pulak. Depan kedai nampak ada warung Satay dan Durian Goreng. Apo? Durian Goreng? Bunyi macam sedap, rasa nak beli, tapi takut pulak tak sedap. Tak apalah, lagi pun nak makan nasi, kan.

Dah siap buat pesanan semua, kami pun borak-borak. Tiba-tiba, peniaga satay dan durian goreng (gerai yang sama) datang bawa menu, jika nak buat pesanan. Sk baca menu, Durian Goreng 5 keping, RM10. Bolehlah, kan.. jadi, Sk pesan RM10.


Budak (budak ke?) yang paling gembira sebab dari mula dia dah bagi 'hint' nak durian goreng. Peliknya, Iman bukan peminat durian, kalau beli tu, bukan banyak sangat dia makan. Tapi dia suka dessert berasaskan durian seperti ais krim, durian crepe, durian roll dan durian tempura. Dulu-dulu selalu makan durian tempura di Suria Hotel dan Grand Paragon jika ada buffet buka puasa. Sk pernah juga buat Durian Goreng DI SINI cuma duriannya tak meleleh.


Habis makan, cubalah Durian Goreng ni. Masya Allah, sedap sangat. Isi duriannya sedap, tak masam dan yang paling best, melelehhhhhh! Salutan batter tempura tu pun sedap, tidak hancur bila digigit dan tidak juga keras. Memang sedap sangat, pakkal jer gaji lambat lagi, hahahaha.. hahahaha.




Tags

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Ya Allah!
    Hari tu singgah sini nampak durian goreng tempura. Kita teringin nak buat.
    Dah ada durian lupa pulak nak goreng dengan tepung tempura. Alahai... terliur-liur ni. Mana nak cari durian ni....!

    ReplyDelete
  2. perghhhh memang sedap nampak nyaaa tu, meleleh.. makan plak panas2 lagi la umph!!

    ReplyDelete
  3. Kita ada beli frozen Kak, belum di goreng lagi.. tak tau laa sedap ke tak tu hehehe..

    ReplyDelete
  4. Rasa nak tarik2 je pipi Iman buat muka macam tu...siyes x pernah lagi makan durian goreng tempura ni...

    ReplyDelete
  5. pernah makan yang frozen. goreng sendiri la. sedap.

    ReplyDelete
  6. Iman jangan lupa tuntut royalty hujung tahun sebab selalu jadi model tetap!

    ReplyDelete
  7. Tergoda tengok durian goreng tu...
    PH pula lagi suka durian dari makanan berasaskan durian :D

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!