MAKAN BERIANI D MUAR

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum...

PUAS sudah mencari dan bertanya ke sana-sini, ke mana pindahnya Beriani King Muar yang biasa kami singgah sebelum ini. Tapak perniagaannya kini dijadikan lot meletak kenderaan. Sk juga berkali-kali menghubungi salah seorang pemilik BKM (mereka adik-beradik) tapi panggilan masuk ke kotak suara. Hampa.

Kawan Sk yang tinggal di Muar, mencadangkan sebuah restoran lain yang agak popular di Parit Jawa. Mujurlah juga sebelum check out dari hotel, Sk membuat carian di Facebook. Rupanya pulak, perniagaannya ditutup pada hari Sabtu. Jadi, kami cuba membuat carian restoran beriani yang berada di pusat bandar Muar.

Iman bertemu Nasi Beriani DiRaja. Kami cuba mencari lokasi menggunakan aplikasi waze, tak ada pulak, jadi, cuba masukkan alamat. Syukurlah jumpa jugak kedainya. Walaupun bukan Beriani King, jadilah.. sebab memang tekak ni mengada-ngada, nak sangat makan nasi beriani di Muar. Kalau kami meneruskan perjalanan ke Batu Pahat yang memang popular dengan berianinya, mesti dah wassalam. Padahal di Johor (Johor Bahru) bersepah-sepah Restoran Beriani, hihi.

Tengok papan tanda kedai tertulis Nasi Beriani D Muar tapi di sebelah dalam, Beriani DiRaja. Rupa-rupanya, Beriani DiRaja merupakan nama asal restoran namun mereka akur dengan perintah Majlis Perbandaran Muar yang meminta mereka mengubah suai ke Nasi Beriani D🍴Muar atas alasan tertentu majlis.

Walaupun begitu, di bahagian dalam restoran, mereka masih mengekalkan nama lama, mungkin bagi tidak menimbulkan kekeliruan kepada pelanggan tetap Beriani DiRaja. Periuk belanga dan lauk pauknya semua di bahagian hadapan pintu restoran. Rasa nak jenguk dalam periuk, tapi segan pulak. Lagipun, dalam situasi sekarang, rasanya tak elok pakai selak aje periuk belanga orang.


Menu dan harga di restoran dipaparkan sebelum pelanggan masuk ke kedai.  Restoran bersih, luas dan selesa. Masa kami sampai ada sekumpulan 'uncle' baru selesai makan dan sedang berborak serta seorang pelanggan lain. Banyak meja kosong. Memang kebanyakan mereka yang datang ke Muar ni lebih suka cari sate dan makanan lain agaknya. Kalau tengok kedai yang menjual sate kebanyakannya 'full house'.


Sk yang duduk berhampiran periuk belanga tu mencuri pandang. Staf restoran membuka periuk kukus dan menyelak kain net yang menutupi isi dalam periuk di bahagian atas. Meruak wap panas menimbulkan aroma nasi beriani. Ini teknik kebanyakan restoran beriani bagi memastikan nasi yang dihidang kepada pelanggan sentiasa panas. Kemudian, dia menceduk nasi dan meratakan dalam pinggan. Tak penuh pun senduk tu,  hurmmm.. lokeknya (kata dalam hati Sk, hahaha)

Sk perhati aje dia buat kerja. Lepas tu barulah SK teringat. Mereka menggunakan teknik Beriani Kambus atau di kalangan keluarga Sk, ia dikenali sebagai Beriani Laut iaitu, menimbus lauk dengan nasi. Pinggan yang sudah diisi nasi tadi, diletak lauk pilihan pelanggan, kemudian disendukkan nasi dikambus ke atas lauk tu. Tak baik kau Sk, cakap orang lokek. Tahulah kuat makan, hahaha.


Tiga-tiga beranak pilih Lauk Kambing. Mengembeklah masing-masing. Nasinya sedap, lembut dan lunak. Kambing juga dimasak sehingga empuk tapi taklah lerai dari tulang macam kambing di Restoran Zaituna tu. Setiap set nasi dihidang bersama acar jelatah yang sedap dan tidak mengelat serta papadom empat segi. Mereka tak sediakan kuah dalcha, kalau suka kuah banjir, boleh minta kuah lebih. Sk kurang suka makan beriani dengan kuah yang banyak sebab nanti hilang rasa beriani tu. Rasa rempah tidak terlalu kuat, Alhamdulillah, tidak mengecewakan. Tapi tetaplah jugak kecewa tak dapat Beriani King, hihi. Oh ya, kalau makan Beriani, jangan lupa minum Sirap Bandung tau.

Beriani D Muar

No 56, Jalan Ali
84000 Muar, Johor

Telefon 018 4744785




Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. makan beriani ni rasa mcm gi kenduri kawen hehehe

    ReplyDelete
  2. Saya ni satu pesan Kak, tak reti makan nasi beriani kedai kalau tak beriyerr.. mindset ni nasi beriani makan time kenduri baru syokk.. hahahaha.. boleh gitu ekkk..
    Tapi sesekali okay jee kalau geng ajak makan..

    ReplyDelete
  3. Main sembunyi-sembunyi kambinglah pulak ye, timbus kambus semualah. yang bestnya, bila selak nasi, maka terserlahlah mmbbeeekkkkkk!

    ReplyDelete
  4. In sya Allah balik kampung boleh pergi ni bawa keluarga...

    ReplyDelete
  5. puas hati lah tekak tu dapat makan nasi beriani kan.

    ReplyDelete
  6. Macam pernah makan la...ni dah 3 tahun x pi Muar umah adik ni...leh JJCM kalau pergi

    ReplyDelete
  7. Kemanalah agaknya pemilik kedai beriani king tu ye. Satu misteri pulak. Lain pulak nasi kambus kaedah dia. Baru lepas makan nasi beriani jugak. Kalau tidak, tengok ni mesti teringin.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!