NASI LEMAK AYAM GORENG

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum...

NASI Lemak pertama yang dimasak dalam tahun 2022. Jemu jugak asyik makan di luar aje, dahlah balik-balik pergi kedai sama, hihi. Teringat masa masak Kari Kambing hari tu, Iman punya bersorak, sebab katanya, dah lama tak makan kat rumah. Walaupun kena cuci pinggan mangkuk dan kemas meja, bahagianya lain macam. Nanti kalau dah penat (jemu) mengadap pinggan mangkuk, mulalah asyik mengendeng nak makan di luar pulak.


Masa balik kerja semalam, Pak Inche tengah nak melenggang telur. Ayam dah siap perap dia letak dalam tupperware. Adoi, banyak-banyak bekas kat rumah tu, tupperware pulak yang dia guna. Nasiblah tupperware tu warna sama dengan kunyit. Tu takpa, Sk keluar dari bilik, terkejut tengok dia letak pinggan betul-betul tepi table top. Suku bahagian pinggan tu terkeluar dari table top. Dahlah portmeirion.. dia kata, tak ada pinggan lain. Bertuah, ada jer pinggan basahan atas rak tu. Pinggan dalam almari diambiknya.


Sebenarnya hal pinggan tu, bukan masalah besar pun. PM kat rumah ni, memang Sk guna hari-hari. Tapi, janganlah letak tepi table top macam tu, berderau darah mak, nakkkkk! Hahaha.

Oh, cerita pasal nasi lemak, disebabkan stok cili kisar dah illek, SK pesan Pak Inche, kopekkan bawang siap. Jadi, Sk cuma gunting lada kering untuk buang biji. Lada kering tu, Pak Inche baru beli dari Pasar Tani sebab kat rumah, cilinya pedas sangat. Sambil gunting cili, sambil panaskan air untuk rebus cili. Sementara merebus cili, Sk masak nasi. Agaknya dah lama tak masak nasi, bolehlah pulak terlebih air. Lembik sikit nasi, lagi-lagi makan masih panas, kan... mujur nasi tidak menjadi bubur. Sambal tu agaknya tak terbit minyak dah tutup api. 

Sengaja masak nasi lebih untuk bekal Pak Inche dan makanan Iman di rumah. Lepas panaskan nasi pagi tadi, elok pulak dah peroi sikit. Sambal tu, SK tenggek atas api, lepas tu tinggalkan sambil bersiap nak pergi kerja. Datang dapur, elok dah terbit minyaknya. Hurmmm.. semalam tu tak menyabar, sebab penat kot balik kerja mengadap jammed. Ahad pun jammed! Hurmmm..  


Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Agak lama kita tak buat Nasi Lmeak.. sejak Yana dah duduk uma lain... ermmmmm

    ReplyDelete
  2. hahahaha kelakar lah. boleh imagine muka akak time nampak pinggan dekat tepi table top tu macam mana

    ReplyDelete
  3. kalau anak dara ammi nampak telur dadar nipis gitu...ya allah dia punya suka tu tak boleh bawak bincang.

    ReplyDelete
  4. Saya pun lama tak masak nasi lemak. Beras pulak sekarang ni semacam jew, lebih air sikit lembik, kurang air sikit jadi keras. Tang cik portmerion tu memang kena jagalah bagai menatang minyak yang penuh hihihii.

    ReplyDelete
  5. Aduiii PI..jangan selalu buat macam tu..luruh jantung MI🤣🤣🤣
    Dalam banyak-banyak atas meja tu..mata saya nampak cikuuuuuuuu😍

    ReplyDelete
  6. Nikmat lain macam kalau masakan kat rumah kan. Aduh, pinggan kayangan tu. Kalau pecah nayaaaa..merajuk Mak Inche nanti.
    Tengok nasi lemak akak, Ini yang rasa nak masak nasi lemak jugak ni.

    ReplyDelete
  7. favourite syu ni nasi lemak ayam goreng..sedapnyaa

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!