Assalamualaikum...
HARI ke 26, bulan kedua tahun 2022. Dah lama rasanya tak sediakan sarapan ala ala omputeh. Sejak 5 bulan lepas, setiap hari sabtu, sarapan cuma dibeli atau bersarapan di luar. Pagi ni tak rajin nak keluar cari sarapan atau ke kopitiam, tapi rajin pulak nak sediakan American Breakfast. Cuma tak ada salad, tapi, bak kata Aku Ain, tak cukup bahan takpe, janji masak 😆
Wassalam lima biji telur pagi ini. Dua biji telur separuh masak untuk Pak Inche dan tiga biji scrambled egg untuk kami tiga beranak. Panggang enam batang sosej dan panaskan kacang panggang dalam tin. Bancuh nescafe setengah juga. Makan dengan Roti Gandum Penuh Gardenia. Mujurlah tekak mereka dah boleh terima roti ni sekarang, takkan asyik nak beli dua roti tapi penyudahnya, masih ada separuh bila tiba tarikh luput.
Oh, kenapa rajin pagi ni? Sebab Pak Inche ada kerja nak buat walaupun hari ni cuti. Macam Sk beritahu sebelum ni, Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Johor ke 15 (PRN15), akan tiba tak lama lagi, sibuklah Pak Inche dengan kerja hakiki. Jangan salah faham, bukan sibuk berkempen ya, apatah lagi jadi calon, hihi. Lamberrtttt lagilah Mak Inche nak tukar title Datin sebab Pak Inche tak minat berpolitik.
Ada dua jemputan walimah hari ini, kedua-duanya dari sepupu sebelah ibu Sk. Kedua-duanya juga di Rengit. Semalam dah beritahu, tak dapat pergi sebab tetiba Pak Inche ada kerja. Pak Inche kata, kalau nak pergi, pergi jer tapi macam tak best pulak sebab bukannya dekat-dekat lokasinya. Tapi asyik teringat pulak sebab abang sepupu yang seorang tu dah hantar jemputan personal bukan ajak-ajak ayam.
Hukum Menghadiri Jemputan Majlis Perkahwinan
Majoriti para ulama menyatakan bahawa hukum memenuhi jemputan perkahwinan adalah wajib. Ini berdalilkan dengan sebuah hadis daripada Ibn Umar R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
إِذَا دُعِيَ أَحَدُكُمْ إِلَى الْوَلِيمَةِ فَلْيَأْتِهَا
Maksudnya: Apabila salah seorang kamu dijemput ke majlis perkahwinan (walimah), maka hadirlah ia.
Riwayat Muslim 1053
Hukum wajib tersebut diambil daripada perkataan Nabi S.A.W فَلْيَأْتِهَا yang merupakan kata perintah yang membawa hukum wajib secara asasnya di sisi kaedah fekah.
Imam Al-Nawawi dalam syarahan beliau ke atas hadis di atas berkata: ‘’Pendapat paling sahih dalam mazhab kami, hukum menghadiri kenduri perkahwinan adalah fardhu ‘ain bagi mereka yang dijemput, akan tetapi kewajipan tersebut gugur disebabkan beberapa keuzuran berikut:
Sekiranya ada syubhah (keraguan) pada makanan.
Adanya kemungkaran di dalam majlis tersebut.
Secara asasnya, sekiranya seseorang itu mengetahui terdapatnya kemungkaran di majlis tertentu, maka wajib ke atasnya untuk mencegah kemungkaran tersebut sekiranya dia mampu mengubahnya. Manakala sekiranya dia tidak mampu, hendaklah dia tidak menghadiri majlis tersebut.
Sumber
Rasa macam lamanya tak dapat jemputan kawin, last bulan lepas.. jiran sini ramai buat tapi mereka hanya bgtau jemputan keluarga aja.. moga dipermudahkan urusan akak harini...
ReplyDeletehari ni wak pun ada beberapa jemputan walimah
ReplyDeleteHarap2 adalah hendaknya menu kambing
Saya pun ada jemputan hari ni..Kena hadir ni..
ReplyDeleteJom la kita ke kenduri..Nanti malam kita bertukar cerita...hihihi
Senang nak sediakan American Breakfast. Tapi tu lah kadang kurang kenyang. hihi..Bertabahlah Pak Inche sibuk bila nak PRN ni.
ReplyDeleteHaritu ada jemputan kahwin juga tapi tak sihat pulak. Terpaksalah kita melupakan nak datang. huhu...
ReplyDeletealamak...baru berkira2 nak pergi ke tidak majlis sambut menantu sepupu ammi minggu ni.. risau pulak dengan kes yg semakin banyak ni
ReplyDelete