MAKAN NASI AYAM KEE CHUP

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum...

DAH lama teringin nak makan di Nasi Ayam Kee Chup sejak menyedari kewujudannya berhampiran dengan Persada Johor. Bertahun-tahun lalu selekoh tu, tak pernah nampak pulak ada kedai makan, kecuali Kedai Makan Kelantan depan Telekom dan adalah satu gerai kecil sebelahnya,  tiber ada kedai makan yang sentiasa dipenuhi pelanggan terutama waktu makan tengahari. Masa nampak tu, tak tahu jual apa, lama-lama tahulah dia jual nasi ayam. Nasi ayam jer pun, kan.. teringin jugak nak tahu keistimewaanya, tapi, memang manjang la tak singgah pun. Kadang masa lalu tu dah makan atau tujuannya ke tempat lain. Bila PKP pulak, memang tak keluar rumah, kan. Lagipun tahulah kalau di pusat bandar tu, nak letak kereta bukannya senang. 

Hari tu, dapatlah jugak singgah makan di Nasi Ayam Kee Chup ni. Kebetulan memang waktu tengahari dan dapat pulak tempat letak kereta yang sesuai. Oh, ni google image ya, masa datang tu, tak teringat pulak nak ambil gambar depan pintu masuk kedai sebab sibuk cari meja kosong. Mujurlah ada satu meja kosong di dalam. Kedai ni bukanlah kedai nostalgia yang lama bertapak di sini (setahu Sk), maaf ya kalau tersilap. Cuma, lot kedai ni merupakan bangunan lama yang terletak di kawasan berbukit. Malah kedai ini berlantai papan dengan alas tikar getah. 

Ada sofa lama diletakkan ala-ala ruang tamu gitu. Pelanggan bolehlah nak duduk makan di sini tapi bagi SK agak kurang selesalah kot. Sk tertarik tengok frame gambar kucing tu. Stail dulu-dululah kan gantung frame gambar kucing tu.

Yang menarik perhatian juga, hiasan-hiasan dalam kedai yang menggunakan barang lama, juga kaunternya, sangat cantik dan ada kelas tersendiri. 

Bukan itu sahaja, bangkunya juga bangku dulu-dulu. Tak pastilah memang dibuat semula atau barang lama. SK tak pernah jumpa bangku yang macam ni, kalau yang bentuk kerusi (bersandar) tu memang ada la masa kecik-kecik. Rasa menyesal tak simpan, hahaha.

Di sini cuma ada nasi ayam sejenis sahaja. Tak adalah nak ayam panggang ke, rebus ke, kukus ke, semua sama, dan semuanya bahagian peha. Mungkin adalah bahagian kepak, tapi tengok pinggan-pinggan orang lain pun semua peha. Cuma nasi dan ayam sahaja dihantar ke meja, sos, kicap, sup, boleh ambil sendiri di kaunter sebanyak mana kita suka.


Tak pasti kenapa namanya Nasi Ayam Kee Chup. Mungkin dari cara ayam tu dituang kicap semasa digoreng seperti dalam gambar yang SK ambil melalui google image ni. Sedap ke sedap? Bagi tekak Sk, sedaplah.. lengkap nasi ayamnya dengan sehelai salad, sehiris timun dan tomato. Ayam pun besar dan banyak isi. Nasinya lembut dan lembab, ahhh.. semualah sedap. Si Iman siap beli guna grab lagi penangan kesedapannya, memang susah la nak lupa. Ni pun asyiklah teringat-ingat.. hahahaha.

Nasi Ayam Kee Chup

24A, Jalan Dato Dalam, 
Bandar Johor Bahru, 
80000 Johor Bahru, Johor

Tel : 019 6692133

Buka setiap hari kecuali Selasa
 11 pagi hingga 4 petang (habis)


Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. eh saya pun ada entri nasi ayam kee chup ni dalam draft hahahahhaha

    sedap kannnn!

    kita duduk di tempat yang sama!

    ReplyDelete
  2. Menarik hati la bila tengok dekorasi kedainya. Suka. Santai. Ringkas je tapi mengekalkan gaya dulu-dulu.

    ReplyDelete
  3. tengok pun dah terasa sedapnya... gluppp! telan ailio!

    ReplyDelete
  4. Comel jew nasi ayam dengan sehelai daun salad, sehiris timun dan tomato. Yang penting dapat saiz ayam besar dan nasi yang sedap.

    ReplyDelete
  5. Fokus pada satu makanan. Ek tapi pelik ayam hanya bahagian peha ada.
    Mesti cepat siap makanan.

    ReplyDelete
  6. Ada nampak orang share kedai ni dalam facebook. Tempat unik dan rare cepat je viral. Rasa sedap tu yang orang datang berkali kali. Unik cara masak ayam curah kicap dalam kuali. Tapi ayam dia nampak tempting betul. Sukalah tengok kedai dekorasi tema klasik macam ni. Mengimbas nostalgia gitu.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!