MERONDA SAMPAI TIGA MALL

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

Assalamualaikum...

HARI ini dan esok, Sk dan seluruh warga kolej akan berehat di bekerja dari rumah. Dua hari ni proses santinasi akan dilakukan dan jika ada proses sanitasi tu faham-faham sajalah, kan. Semoga kawan-kawan yang dijangkiti virus durjana ini akan kembali diberi keafiaatan dan diringankan gejala masing-masing.


Lama dah tak makan di Kafe Ikea, jadi, Jumaat lepas, Sk dan Iman berdua makan tengahari di Ikea. Ni pertama kali Sk makan set Salmon ni, sodapppp dan yang penting tidaklah mahal bebeno. Mampulah nak bayar sekali sekala. Set salmon ni datang bersama bergedil kentang yang dipanggang dan sayur carrot dan brokoli yang dilecur celur sehingga layu.


Kali ni ambil Meatball doblas biji aje, tak tamak macam selalu ambil sampai doploh biji semata nak bendera dia 😂. Iman dari rumah dah merancang nak makan Lasagna tapi tak ado. Geram punya pasal dia ambil Sayap Ayam Panggang enam ketul terus. 


Cakap dengan Iman, lepas ni salah tak kalau hari-hari bonda lunch di Ikea. Hari-hari nak makan Salmon tu haaa. Ikea pun bukan jauh sangat dari pejabat, kalau dari rumah, ye la jauh... hahaha. Iyo iyo ooo jer. Bayar harga salmon tu sama boleh makan tengahari empat kali kat Kantin Kak Sab oiii.


Lepas makan, kami terus ke Toppen. Oh, bagi yang tak tahu, Toppen ni satu mall dengan Ikea. Lengang ya Toppen tak ada orang langsung di bahagian atas ni. Pondok-pondok yang didirikan semua tak terjaga dan dipanjat pokok-pokok. Tapi lawa.. hijau merimbun.


Iman nak makan Ilao Ilao. Kiosknya tak ada di Toppen tapi Aeon Tebrau yang berhadapan Toppen serta di Midvalley Southkey. Tempat lain, tak pasti pulak di mana. Lalu kami ke Midvalley Southkey semata-mata nak beli Ilao Ilao ni. Ambil saiz medium kongsi berdua sebab masih kenyang makan di Kafe Ikea. Iman pilih topping pistachio, lotus biscuff dan choc ball. Sedappp, viral katanya topping pistachio tu.


Lepas tu, ingatkan nak cari shawl baru untuk Iman kat tingkat atas. Geram betul suka sangat pakai shawl jaguar oren dia tu. Iman singgah news dulu nak beli air mineral. Sementara tunggu tu, teringat pulak nak tengok kad touch n go yang digunakan untuk masuk parking. Sekali, tak ado. 


Sebab Sk selalu masukkan dalam bag kalau masuk ke mall guna touch n go. Jadi, terus pergi ke kereta, risau nak tinggal kad dalam kereta. Alang-alang, ke Angsana Mall la yang paling senang dapat shawl. Jarang-jarang dapat parking kat bawah ni tau jadi kita selfie la dua ketul.


Rupa-rupanya ada Havoc Food Festival di Medan Letak Kereta sebelah Angsana Mall tu. Tak melepaskan peluang, dah terlanjur sampai, kan...singgahlah sekejap dalam keadaan cuaca yang panas berdenting tu. Jarang-jarang la Sk nak pergi pesta macam ni, saja nak tengok. Tapi, takkan tengok saja kannnn....

Bersambung...












Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Makin manis Iman sekarang.. lama tak jumpaaa dia..
    Lama juga tak pekena meatball IKEA tu huhuhu

    ReplyDelete
  2. Puas makan hidangan penuh meja. Jarang Iman senyum gini. Biasa ikut gaya Pak Inche. Tak ada geng agaknya. Hehe..

    Ini dah macam mall hopping kak. Tak pernah makan kat cafe IKEA. Biasa datang shopping dan menapau karipap je lah tahu.

    ReplyDelete
  3. Ini memang buat law at an pusat beli-belah.
    Eh ada sambung pula. Kena baca pos baru.

    ReplyDelete
  4. bahahhahhahahaha dari ikea membawak sampai ke food fest....dia punya bersambunggg tu level suspen betul ehk.hahahahhaa..

    ReplyDelete
  5. meriah betul makanan dia beranak ni.

    ReplyDelete
  6. Alaaaa...terus rasa nak makan meatballs IKEA....

    ReplyDelete
  7. Wah, teringin pulak rasa ikan faourite saya kat IKEA tuh, meatball IKEA tak berapa kena dengan tekka saya.Pernah rasa sekali je..Boleh tr lagi, mana tahu dah lagi sedapp..HAHA.. Angsana memanggg banyakkk tudung..kalau time raya, sini rambang mata cari baju rayaaa....Kan... Haa..tak gi festival tu, ghisauuu nak terbeli segalanya...Kahhh!

    ReplyDelete
  8. Bestnya ada kawan JJCM yang sporting macam Iman.
    Puaslah meronggeng sampai 3 mall hihihii.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!