ROTI TELUR, TEH O PANAS

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum...

BALIK kerja, singgah Pasaraya Hosey, beli cili padi untuk dibuat masak lemak. Malu pulak la kalau setakat nak beli cili, kita beli kacang buncis sekali. Tak nak beli-belah sangat, nanti bajet nak beli cili RM3, jadi RM30 😅.

Kemudian, dari sana, Sk menghala ke Gerai Goreng Pisang yang bertentangan. Baru beri isyarat untuk masuk ke kiri, nampak gerai pisang tutup. Aiseh.. semalam Iman pesan, balik belikan goreng pisang, tapi tak ada rezeki. Mujurlah tadi ada jamuan, ada seketul ayam kfc lebih makan tadi. Jadilah buat jajan untuk anak burung 🦜


Terkesima, masuk rumah, nampak ada hidangan atas meja kopi di ruang tamu. Rajin pulak anak burung sediakan minum petang untuk mak dan bapak burung. Siap google resepi rupanya nak buat Roti Telur. Ada jumpa resepi letak susu pekat tapi tak berani cuba. Ni cuma letak telur, secubit garam dan potong cili padi nak bagi cantik, katanya. Yang ada kat rumah tinggal cili padi merah, lepas potong cili, tepis rambut kat muka dengan tepi jari, pijo berdesing le 😂


Nikmat betullah, tengah lapar dapat roti telur, minum pulak teh o panas. Rasa macam tak boleh berhenti menyuap dan meneguk, berselang-seli, hihihi.

Esok dia kata, nak cuba buat Cekodok Jagung pulak. Tapi takut nanti bonda marah guna minyak banyak. Eh, apa nak marah, bukan bonda yang beli minyak. Lagi babah suka minyak habis, boleh pergi shopping katanya 😆
Tags

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Rajinnyaaaaa Iman....anak dara SA ru sibuk last kopek study nak SPM...itu pun dh memesan tu..lepas SPM Dania nak rehat jap 2-3 bulan..kita pi staycation and JJCM...dia ingat mama dia cop duit kan..nasib anak sorang je...

    ReplyDelete
  2. Selalu mak pak burung bagi anak burung makan. Hari ini anak burung bagi mak pak burung pulak makan.

    ReplyDelete
  3. Proses Iman menyediakan sesuatu untun bonda dan babah pun bermula. Mantap ah.

    ReplyDelete
  4. anak burung kat rumah ammi baru 13 tahun...dia kata kadang2 rasa nak buat minum petang (lepas tengok rancangan memasak) tapi takut tak jadi.

    risau amminya marah pun ye juga tu

    ReplyDelete
  5. kalau saya pun suka roti goreng telur. nak best lagi letak sardin. goreng. rangup-rangup.

    ReplyDelete
  6. Terus terliur nengok roti telur Iman.. nak buat gak laa untuk Sahur esok.. tapi roti plak habis hahahaha

    ReplyDelete
  7. Terbalik sudah. Ini rezeki mak burung dapat roti telur. Haha..terhibur betul baca. Nak beli minyak ada alasan nak shopping yek.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!