TELUR MASAK LEMAK

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum...

TAK pergilah makan Nasi Kenduri hari ni. Nanti esok kita mesej mak pengantin beritahu tentang aral yang melintang di sini. Sebenarnya sepupu Sk, bapak pengantinnya. Aaa.. okey, esok mesej bapak pengantin, harap beliau tidak berkecil hati atas ketidakhadiran kita, hehehehe. 


Tu dia, lapan biji telur wassalam hari ni. Padahal dalam peti ais ada ayam, daging dan ikan, telur jugak yang dipecahkan masuk dalam kuali, hihihi. Sebenarnya, lepas sarapan tadi, dok melayan filem melayu lama-lama di netflix. Maklumlah, tukang conquer tv tak ada, lekalah kita menontonnya. Sampai terlupa nak rendam apa-apa.


Bila perut dah lapar, inilah yang paling senang nampaknya. Cuci beras, tenggek dalam rice cooker. Rendam ikan bilis segenggam, campak dalam kuali, masuk air, masuk santan, didihkan. Lepas tu pecahkan telur. Oh, masukkan juga kiub pati ikan bilis dan sedikit garam, siappp!

Nasi kering saja, terus ceduk masuk pinggan. Syukurrr.. Alhamdulillah. 😍






Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Paling senang...?

    Pada uncle tetap susah.... hehehehe

    ReplyDelete
  2. 8 ekor ayam hilang keturunan🤣
    Cantik telur tu SKm..macamana buat elok bulatnya

    ReplyDelete
  3. Rasanya saya tak pernah makan telur masak lemak.. Makanan mana ni?

    ReplyDelete
  4. Ya Allah sedapnyaa.. Telur ni selain masak sambal dan masak kicap, tak pernah lulus oleh boss. Sendiri suka macam² jenis masakan. Apapun sedap

    ReplyDelete
  5. Easy peasy lemon squeezy kaedahnya. Eh letak kunyit tak tu kak?

    ReplyDelete
  6. Hari tu kan..kuah kari kepala ikan kerapu tu banyak lagi...SA rebus telur masukkan telur...dap makan...goreng ikan masin...sodap

    ReplyDelete
  7. Sedap tuuu telur masak lemak,
    lebih lebih lagi kalau telur itik masak lemakk...Mantapp!

    ReplyDelete
  8. telur tak pernah tak laku...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!