MAKAN TAUHU LENTOK DI R&H CAFE SATAY MAHARANI

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum...

SAMBUNGAN dari SINI

SEBELUM jam 9, kami sudah daftar masuk MySejahtera di R&H Cafe Satay Maharani yang terletak di Taman Seri Temenggong, Muar. Ini kedatangan kedua ke sini, kali pertama tu tak cerita sebab kedai tutup, hihihi. Daripada awal, Sk dah berangan nak makan di pondok-pondok kecil yang didirikan di tepi restoran tapi tak silap Sk ada lima buah pondok kot, semuanya dah ada pelanggan lain yang sampai terlebih dahulu. Mujurlah kami dapat meja belakang sekali ni, yang ada Fred Flintstone. Comel jer dia tayang sate.

Kereta Fred pun ada. Eh, sejak menulis tentang Istana Flintstones tu, asyiklah terjumpa sesuatu yang berkait dengannya pulak, hihi. Oh, kereta Flintstone ni boleh duduk makan tau, tapi muat untuk dua orang ajelah. Cuma, kalau datang berdua pun, macam segan aje nak duduk sini, hahaha. Eh, ko rasa, muat ke duduk situ, Sk???

Semestinya di Muar, sate menjadi santapan ketika bersarapan. Tapi, menurut seorang kawan yang tinggal di Muar, sate hanya dijual pada hujung minggu. Hari-hari lain susah nak jumpa sate. Menurutnya lagi, sebagai orang Muar, mereka juga teringin hendak sarapan sate tapi terpaksalah pulak beratur dengan pelenchong-pelenchong yang datang ke Muar. Oh, maaflah jika benar bagai dikata, kita beratur sama-sama ya, huhu.

Kalau kebiasaannya di Muar ni, biasanya kedai-kedai yang menjual sate, mereka akan hidangkan terus sate atas meja. Makanlah berapa banyak yang larat dimakan. Mereka pun taklah letak banyak, ikut bilangan pelanggan juga. Lepas habis makan, kita kira sendirilah berapa cucuk sate yang telah dimakan dan beritahu semasa nak bayar. Yang tak makan tu, tak perlu kira. Tapi di R&H ni, mereka hantar mengikut pesanan pelanggan. Kami cuma pesan 10 cucuk sate daging dan 10 cucuk sate babat. Itupun, tak habis 5 cucuk, bungkus bawa balik hotel. Tak makan jugak, bawa balik Joho. Alhamdulillah, dah wassalam dimakan Pak Inche.


Mungkin kedudukan restoran ini bukan di pusat bandar Muar, meja juga agak banyak, jadi kami tidaklah perlu beratur. Walaupun  tak dapat duduk dalam pondok, tapi masih ada dua tiga meja yang masih kosong. Selepas tak lama duduk, ada staf restoran datang mengambil pesanan makanan dan minuman. Disebabkan kami ada pesan sate, jadi kami diberikan piring yang berisi potongan nasi impit. Ada nasi lemak bungkus daun pisang atas meja juga. Ni siapa cepat dia dapat, lah.. dah tak banyak yang tinggal. Rasanya, Pak Inche makan satu, lepas tu staf restoran minta izin,bawa ke meja lain, kalau dah tak nak. Maksudnya, dah tak ada la tu kan.


Ada orang tu, memang tak boleh nampak Nasi Lemak Daun Pisang, kan. Terus dia balun sebungkus. Sk jamah sedikit, sedap nasi lemaknya. Macam rasa nasi lemak dulu-dulu. Pak Inche kata, sebungkus tu RM1.50 aje. Biar betul, telurnya sebiji tu.


Lontong sentiasa menjadi pilihan Sk dan Iman jika bersarapan di restoran melayu. Nasi impitnya lembut dan mungkin dibuat sendiri. Kuah lodeh juga sedap, cukup lemak manis dan masin santannya, potongan tauhu, hirisan kubis dan lobak merah serta disirami kuah kacang dan sambal tumis. Lontong di sini tak ada serunding kelapa, tak silap Sk, lontong ada serunding kelapa ni stail Johor (Johor Bahru) dan Singapura. Walaupun satu negeri, setiap daerah ada juga kelainannya. Ada sesetengah tempat, tak ada sambal kacang, cuma sambal tumis ikan bilis.


Belum pun habis makan nasi lemak, Roti Manja pula sampai untuk Pak Inche. Hurmmm, kalau boleh, satu restoran dia nak makan. Mujurlah pulak dia tak pandai makan lontong. Tengah makan, perut memulas pulak, terus dia suruh Sk makan lagi separuh. Dahlah dah dituang kicap. SK kurang gemar makan telur dengan kicap, makan jugaklah sikit, jangan membazir, itu amalan syaitonnnn. Eh, yang pesan ikut nafsu ni, amalan siapa pulak?? Astaghfirullahalazimmmm..


Inilah dia, Signature Dish di R&H Cafe, Tauhu Lentok. Hampir setiap meja ada Tauhu Lentok ni tau.
Kunjungan pertama dulu tu, sebab Pak Inche nak makan bendalah ni la. Kecewa sungguh masa tu bila kedainya tutup. Ni pun asyik berzikir nak makan Tauhu Lentok.. Tauhu Lentok. Syukur, ada rezeki kali ni.

Kenapa namanya, Lentok? Lepas makan, terlentokkah kita? Hehehe. Sk rasa, namanya demkian sebab tauhu yang digunakan jenis lembut tu. Tauhu goreng diletak seketul-seketul, diletakkan sagatan timun dan taugeh yang dicelur, kemudian disiram sos kacang yang sangat sedap. Tauhu tu kan lembut, bila kita potong, terus terlentok. Panas-panas tauhunya dihantar ke meja. Pesan dua set, satu tu, Pak Inche makan sorang, hurmmm.


Teringat masa makan di Kimstone Food Court , staf mereka tunjukkan kami meja saiz untuk dua orang. Sk minta duduk meja untuk empat orang. "Takut makanan tak muat," kata Sk, hahahaha. Lepas makan, ingat nak turunkan makanan dalam perut dulu, sekali ada pulak pelanggan baru sampai tak dapat meja, terpaksalah kami berundur diri. Mujur satenya dah dibungkus awal-awal.


Di tepi dinding, tergantung gambar-gambar pemilik R&H Cafe bersama Keluarga DiRaja Johor. Bukan biashe-biashe ni, kan.


Yang ni pulak, artis-artis yang pernah singgah ke sini, Gambar yang tengah sebelah kiri tu, sepupu Sk tau, anak Pak Besar. Lagunya yang paling popular 'Tinggal Kenangan - Kumpulan Wheels. Bolehlah cari di youtube kalau nak dengar. 


R&H Cafe Satay Maharani

15, Jalan Seri Temenggong 26/1, 
Taman Seri Temenggong,
84000 Muar, Johor

Tel : 018 2152794

Buka setiap hari kecuali Jumaat
7.30 pagi hingga 12 tengahari



Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Mak aiiii..
    Terliur tengok nasi lemak daun pisang tu.Unik cara bungku macam ada tingkap.
    Tauhu lentok belum pernah lagi...
    Tuan tanah kemain lentok yer🤣
    Eh,SK makin hari makin nampak muda..Apa rahsia?

    ReplyDelete
  2. Menariknya kalau dapat duduk dekat pondok flinstone tu. pintu gerbang pun menarik nau. Ingatkan hari hari ada rupanya weekend je mudah nak cari sarapan sate. Kelakar baca kalau boleh nak makan satu kedai. Dah semua sedap mesti macam macam nak cuba makan kan. hihi..

    kalau saya pun pilih lontong. Aduhaiii..terliur bila makanan fav depan mata. Tauhu lentok macam tauhu bakar. Sedap sedap.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!