Assalamualaikum wbt
Allah Mengangkat Darjat Orang Pemurah dan Pemaaf
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلَّا عِزًّا وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ لِلَّهِ إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Sedekah tidak akan mengurangi harta. Allah pasti menambahkan kemuliaan kepada seorang hamba yang memiliki sifat memaafkan. Tidak ada balasan bagi seseorang yang rendah hati kepada Allah, kecuali Allah mengangkat darjatnya” (HR Muslim No: 4689) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Sedekah dalam apa jua bentuk seperti wang ringgit, barangan, makanan tidak sama sekali mengurangkan harta malah menambahkannya.
عَنْ أَسْمَاءَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَنْفِقِي وَلَا تُحْصِي فَيُحْصِيَ اللَّهُ عَلَيْكِ وَلَا تُوعِي فَيُوعِيَ اللَّهُ عَلَيْكِ
Dari Asma RA Rasulullah SAW bersabda: Bersedekahlah, jangan engkau menghitung-hitungnya, agar Allah tidak menghitung-hitung pemberian-Nya kepadamu dan janganlah engkau mengumpul-ngumpulkannya (tidak bersedekah) agar Allah tidak kikir kepadamu” (HR Bukhari No: 2402) Status: Hadis Sahih
2. Orang yang pemaaf, Allah akan menambahkan kemuliaan untuknya di sisi Allah. Ambillah kesempatan untuk saling bermaafan sesama kita.
3. Pemaaf dapat menghilangkan rasa permusuhan dan memperbanyak sahabat.
4. Pemaaf akan melahirkan sifat tawaduk, menghilangkan sifat sombong dan angkuh. Firman Allah:
خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ (١٩٩)
Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta berpalinglah dari pada orang-orang yang bodoh. (Al-A’raf 7:199)
5. Orang yang rendah hati, Allah mengangkat darjat kepada orang yang tawadukk.
Tawaduk ialah bersikap rendah hati iaitu sifat yang diperintahkan di dalam Islam. Di dalam Al-Quran Allah berfirman:
وَاخْفِضْ جَنَاحَكَ لِمَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ
“Dan rendahkanlah dirimu kepada kaum mukminin yang mengikutimu.” (Al Hijr: 88)
Marilah kita jadi pemurah, pemaaf dan rendah hati.
Negara Rahmah Ummah Sejahtera
#telegram.me/hadisharian_ikram
Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat. Semoga kita semua termasuk dlm golongan yang pemurah dan pemaaf inshaAllah..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. perkongsian yang menarik. Kita sebagai insan biasa tak lari dari melakukan kesalahan. Jika ada salah kita minta maaf, jika orang buat salah dengan kita, kita maafkan.
ReplyDeleteMoga Allah jadikan diri ini seorang pemaaf walau jauh di sudut hati ini ada tersimpan perbuatan sesaorang yang sukar untuk di maafkan...
ReplyDeleteKena belajar jadi keduanya, pemaaf dan memaafkan. Terima kasih share.
ReplyDeletesusah nak mintak maaf sebenarnya kalau ego dalam diri tu tinggi.
ReplyDeletecontoh mcm ammi la kan... termarah anak tanpa sebab, bila dapt tau ammi yg silap sebenarnya nak minta maaf kat anak tu rasa susahnya. tp gigihlah juga dah malam masa anak nak tidur gi mintak maaf juga sbb kalau tak kang ammi yg tak boleh nak tido