Assalamualaikum...
DARI malam tadi berangan nak keluar sarapan ke WR Kopitiam. Tapi, bila tiada keperluan mendesak, semata keluar untuk bersarapan, memang tak ke manalah. Nak-nak pulak tengok kain tak berlipat dua bakul. Ternyata penyakit malas melipat kain ni sesuatu yang diwarisi. Dah duduk rumah seminggu pun tak nak melipat kain, dak Iman. Basuh dan keringkan baju siap! Vacuum dan mop lantai siap! Lipat kain tak siap-siap! 😅 Eh, Sk waris dari siapa pulak ya, sebab ibu Sk orangnya rajin lipat kain baju.. hihi.
Iman tanya, kalau Sk nak buat lempeng, cicah dengan sambal hijau. Sambal hijau tu, Sk tapau dari kantin semalam, dengan lempeng. Sambalnya banyak lagi, jadi Sk simpan dengan angan-angan nak buat lempeng. Syukur, angan yang satu ni jadi kenyataan pagi ni. Tak jadilah sarapan di WR Kopitiam.
Melempeng dua cawan tepung. Banyak keping jugaklah dapat. Sk sendiri makan lima keping. Paksa Iman habiskan lagi sekeping, dia tak mahu. Dia sama cam bapaknya la, kalau dah kenyang berhenti. Kalau maknya, kemas terus masuk perut.
Sambal hijau dari kantin Kak Sab. Iman tak nak makan dengan sambal ni, masin katanya. Bagi Sk, taklah terlalu masin. Mungkin tekak orang tua dah tebal, dah banyak makan garam, dah imun dengan masin, hahaha.
Lempeng ni Sk buat sederhana cair dan tidak terlalu nipis. Sedang eloklah gitu. Lembut jer walaupun tak nipis. Kalau ada kelapa, boleh letak tapi tak ada kelapa. Lagipun anak seketul tu, tak suka makan lempeng kelapa.
Panaskan Kari Kambing yang dah dua minggu ni. Masih elok karinya. Sengaja panaskan lama-lama sikit. Sebelum panaskan tu, Sk buang dulu bahagian atas yang dah beku tu.
Sedap betullah bila lempeng dicicah dengan kari kambing. Rugi betul siapa tak makan kambing ni, hihihi. Tapi, Sk lagi suka cicah dengan sambal hijau. Minum pulak nescafe panas.. dia punya pergiii!! Ke laut terus diet! Hahahahaha...Hahahahah.
Kak, pi ke-laut tak pe kak, untung-untung dapat ikan, kalau ke lombong, kena hadas 40 hari hahahahaha.. adoii lawak Jumaat plak kita.. sedapnyaa kann cuti makan semeja dakat dapo kita.. boleh duduk bersila..
ReplyDeleteabe kie x berapa suka mkn kambing. bkn x makan langsung.
ReplyDeleteLempeng ni mesra..jodohkan dengan sambal boleh, kari boleh..
ReplyDeletemenaikkan selera! Sedapnya kambing! Tapi tak boleh makan banyak, badan saya jadi panas
ReplyDeleteAllahu.... cantik sangat lempengnya tu SL! Kalau saya harus makan 7 keping tu.
ReplyDeleteCicah sambal sardin pun sodap tuh...
ReplyDelete