MAKAN DI RESTORAN LEEZO MUTIARA RINI

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum...


SEMASA PKP 3.0 yang lepas, sebelum dine in dibenarkan, Sk pernah sekali membuat pesanan makanan dalam talian dengan Restoran Leezo Cawangan Mutiara Rini. Masa tu, Sk pesan makanan set yang mengandungi antaranya Pasta, Burger dan Nasi Goreng. Hari tu, tetiba terlintas nak makan di restorannya dan Sk memilih cawangan Mutiara Rini sebab Pak Inche kata, nak kena singgah Maybank dulu. Yang senangnya, kita ke MBB Taman U, kemudian terus ke Mutiara Rini. Walaupun cawangan Mutiara Rini, tapi LRMR ni sebenarnya terletak di Taman Seri Orkid yang bersebelahan dengan Taman Mutiara Rini.


Kalau nak ke Taman U, kami perlu melintasi lima persimpangan lampu isyarat, hurmmm... menyampah giler la, lalu jalan depan ni. Sebab tu, SK sanggup bayar tol setiap hari nak ke pejabat atau jika hendak keluar ke pusat bandar.

Gedebak gedebuk, selepas ke bank yang tidaklah mengambil masa yang lama pun, kami pun sampai buat pertama kalinya ke Restoran Leezo. Ramai yang sedang menjamu selera, meja kosong pun banyak. Macam biasalah, Pak Inche suka duduk di kaki lima. Mujurlah bahagian kaki lima kedai ni sama cantik macam dalam kedai kerana ia terletak di lot akhir.

Kemudian, mereka yang ramai-ramai tu dah habis makan dan mula meninggalkan restoran. Eh, tetiba restoran kosong, rupa-rupanya dah jam 9.30 malam. Betullah, waktu yang selesa nak dine ini selepas jam 9.30 malam sebab waktu makan malam dah habis. Tapi, makan selepas jam 9 malam, maka hadaplah risikonya. Elehhh, sama aje kan makan pukul berapa pun kalau asyik nak mentekedarah macam tak reti kenyang, hihi. Bukan mengata orang lain, tapi kami sendiri, adeh!


Pilihan Sk, Nasi Goreng Kampung. Sk pesan, buat pedas. Staf restoran bertanya semula, nak tak pedas ke, nak pedas? Sk cakap, nak pedas-pedas, hihi. Maka dapatlah NGK yang pedas yakmat. Ada hirisan cili padi merah tu dan dua tiga potongan sayur batang kangkung. Selepas beberapa suapan, Sk dapati, kepanasan nasi goreng ni tak sekata, ada bahagian yang sejuk selap, seperti nasi ni dah digoreng lebih awal dan dipanaskan semula bila ada pesanan. Nak pedas-pedas, tambahlah cili padi tu, huhu. Tapi, nasi gorengnya sedap la.. bila kepedasan, hirup pulak kopi o panas, pehhhhhh...! Malam tu pulak, hujannnn.. hihi.


Cheese Carbonara Meatball untuk Iman. Ada dua pilihan Cheese Carbonara ni iaitu Meatball dan Seafood. Berladung sos carbonara tu  macam nak buat mandi dan portionnya juga sangat besar. Bayangkan, Iman tak habis makan, yang tukang perabis, mak dialaaaahhh, sebab rasa tak puas makan NGK. Iman pun cakap, nampak nasi goreng tu macam sikit, hihi. Eh, sedaplah rasa sos keju carbonara ni tau.


Pak Inche nak makan nasi, pilihannya Nasi Paprik Seafood. Melimpah lauknya tapi tak rasa paprik sebaliknya rasa sos. Nasib baiklah ada sambal belacan walaupun bila Sk rasa sikit, semacam aje rasa sambal belacan tu. Mungkin bila dah digaul dengan nasi dan lauk paprik tu, tak rasa sangat.

Servis di Leezo ni agak cepat dan pantas. Bayangkan, nasi goreng dan spaghetti tu siap tak sampai 10 minit pun. Tak sempat nak sembang atau belek telefon lama-lama. Staf Leezo juga ramai dan yang penting tahap kebersihan di sini memang tip top! Pilihan menunya juga pelbagai dari masakan tempatan hingga masakan barat, hidangan secara individu atau set menu yang boleh dikongsi beramai-ramai. Restoran Leezo ni ada banyak cawangan juga di seluruh Semenanjung Malaysia, bolehlah singgah makan yang mana berdekatan dengan tuan puan, hihi.

Restoran Leezo
Cawangan Mutiara Rini

24, Jalan Seri Orkid 1, 
Taman Seri Orkid, 
81300 Skudai, Johor

Waktu Perniagaan :
Setiap hari kecuali Isnin
5 petang hingga 11.30 malam 

Nombor telefon: 012-633 2167 

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Saya Leezo ni beli foodpanda je, belum ada kesempatan nak makan kedainya, Kota Masai sini ada, besar kedainya.. nanti bolehlah try makan kedai plak..

    ReplyDelete
  2. Terhenti seketika melihat nasi goreng kampung. Unik! Topping hirisan timun dengan taburan bawang goreng (Betul?).

    ReplyDelete
  3. Kita suka makan pasta cili api kat leezo... Mmg itu je menu kuta slalu order setiap kali makan hahha

    ReplyDelete
  4. Cantik resto ni industrial style. Bersih dan luas. Ala, potong selera kalau nasi goreng sejuk dipanaskan semula. Tak feel nasi goreng panas panas fresh from kuali. Service dah bagus cepat, kualiti kena jaga juga.

    ReplyDelete
  5. Fuhhhh dia punya paprik tu bukan kaleng kaleng. Siap ada kupang lagi. Meriah pulak tu kuahnya. Berbaloi lah makan haha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!