Assalamualaikum...
BILA Iman beritahu, lalu di FYP Tik Tok akaunnya, tentang Warung Boyan yang telah membuka restoran (cawangan baharu) di deretan kedai berhampiran Restoran Kacang Pool Haji, terus rasa teruja hendak pergi. Warung Boyan atau juga dikenali sebagai Bakso Kubur Cina memang agak dikenali di kalangan warga JB kerana menawarkan menu Indonesian Cuisine yang dikatakan sangat sedap.
Beberapa tahun lalu, kami tiga beranak kononnya hendaklah rasa sendiri keenakan hidangannya,
tetapi sebaik sahaja sampai ke lokasi yang dibawa gps (zaman belum ada waze) kami terus berpatah balik kerana terkejut apabila menyedari kami memandu masuk ke dalam kawasan perkuburan cina. Dahlah waktu malam, gelap gelita. Berderau darah bila cahaya lampu kereta menyuluh ke arah batu nisan berbentuk separa bulat. Lagi seram bila nampak potret mendiang yang bersemadi di bawah tanah tu, aduh! Kalau diingat balik memang kelakar.
Jadi, bila dia dah buka di kawasan kedai yang tak nampak kubur, barulah SK berani nak singgah. Pergi berdua sahaja dengan Iman, Jumaat lepas. Kedainya masih baru walaupun bangunan kedai tu dah lama. Alas meja pun baru, menu ni pun nampaknya masih baru kalau dilihat pada balutan plastiknya yang kemas dan rata.
aduhai...SA adalah penggemar Bakso...bestnya.....terliur ha tengok entry ni
ReplyDeleteWah, ada sate padang juga ye SK. Kita suka juga sate padang sebab ada beza rasa dengan sate kita terutama tang kuahnya tu.
ReplyDeleteTempe! I like!
ReplyDeleteSeram pulak dibawanya sampai kubur cina. Harga murah dah tu dengan portion besar ayam sekor potong pat! Untunglah dapat makan tempe lebih kan. Bakso pun nampak sedap sup jernih saya suka. Memang lain lah bakso dan lontong. kenapa tak cakap je bakso nasi impit. hehe...
ReplyDeleteWah ada sate jugak. Menu sedap sedaplah kat sini kan.
Baru balik dari LD...
ReplyDeleteSA komen kata kat Johor pun ada bakso..Terus terbang patah balik ke Johor🤭🤣
Kena tunggu Laki le kalau nak makan sini.. kalau pi sorang memang tak jadi hahahahah
ReplyDeleteKalau ke sana, boleh cuba nanti ni. menarik rupa makanan dia
ReplyDeleteMasa kejadian mungkin seram kan, tapi bila diingat semula jadi kelakar pula ye :D
ReplyDeleteSate tu nampak sedap.
selalu kalau gi JB makan kacang pool yg dekat Bomba tu.
ReplyDeletedulu kat rumah ammi ada satu gerai makcik Indonesia yg jual Mi Ayam dan nasi rawon...sedap mi ayamnya. Tapi dah takde dah gerainya...dah balik ke negara asal kot
TAWARAN PINJAMAN SEGERA DALAM 1 JAM PEMINDAHAN PERBANKAN DALAM TALIAN TERMOHON DENGAN KAMI
ReplyDeleteAdakah anda memerlukan Pinjaman?
Adakah anda sedang mencari Kewangan?
Adakah anda sedang mencari Pinjaman untuk membesarkan perniagaan anda?
Saya rasa anda telah datang ke tempat yang betul.
Kami menawarkan Pinjaman pada kadar faedah yang rendah.
Orang yang berminat sila hubungi kami di
Untuk maklum balas segera kepada permohonan anda, Sila
balas e-mel di bawah ini sahaja.
Whats-app +918256953815
mrwilliam751@gmail.com
Sila berikan kami maklumat berikut jika berminat.
1) Nama Penuh:………
2) Jantina: ………
3) Amaun Pinjaman Diperlukan:………
4) Tempoh Pinjaman:………
5) Negara:………
6) Alamat Rumah:………
7) Nombor Telefon Bimbit:………
8)Pendapatan Bulanan: ………………………
9) Pekerjaan:………………………………
)Tapak manakah yang anda lakukan di sini tentang kami…………………
Terima kasih dan salam mesra.
mrwilliam751@gmail.com
+918256953815