Assalamualaikum...
DAH lebih seminggu pisang tanduk nan sebiji yang ibu bagi masa Makan Dalam Dulang hari tu, tersadai atas kabinet dapur. Sk bercadang nak buat Banana Caramel tapi Pak Inche minta digoreng. Kalau nak digoreng, memang kena tunggu mambang rajin datang la. Tunggu punya tunggu, mambang tak kunjung tiba, sampai lebam dah kulit pisang. Kata kawan fb Sk, Siti Naemah, orang kampung dia sebut 'lebu'. Tak pastilah pulak kampung mana, hahaha.
Jadi, pagi ni, menggoreng pisanglah kita. Pisangnya dah masak betul tapi tidaklah lembik. Bila dimasukkan dalam minyak panas, karemelnya keluar. Untuk adunan batter, Sk cuma guna tepung beras, telur dan garam serta air sejuk. Tak suka letak air kapur sebab nanti jadi berbuih. Sedap betullah cicah dengan sambal kicap. Nak nak pulak ada Teh Panas.. aummmm!
Pak Inche ajak ke Kluang, tapi Sk ajak ke The Ruma Kupi Pontian. Tak pulak dia menolak, janji dapat jalan-jalan. Macam tulah Pak Inche sejak 22 + 5 tahun kenal.. suka nau berjalan.
The Ruma Kupi Pontian terletak di Kampung Rimba Terjun. Sk sendiri membesar di sini sebenarnya dan bersekolah di SK Rimba Terjun dari darjah 3 hingga tamat darjah 6 sebelum memasuki alam sekolah menengah selama hanya setahun di SMK Dato Ali Haji Ahmad. Selepas itu, barulah Sk kembali ke daerah asal Sk di Johor Bahru sehinggalah sekarang.
Nanti Sk akan buat entri lain tentang The Ruma Kupi Pontian ni ya. Cuma tu la.. kecewa teruk sebenarnya, sebab masa Sk nak buat pesanan makanan tu, dah habis katanya. Padahal, jam belum pukul 1. Yang tinggal cuma roti bakar. Jadi kami cuma minum dan makan roti sahajo.
Jadi, Pak Inche ajak ke Kukup. Kita akur sahajalah, dia dah layan hajat kita nak mengupi, kan, kenalah ikut dia memancing pulak, tapi pancing dengan RM la, hahahaha. Kami ke New Kukup Seafood yang terletak betul-betul di sebelah Kompleks Kastam Kukup.
Pesanlah ikan seekor, udang sepinggan, sotong sepinggan, kangkung sepinggan, nasi putih semangkuk seorang. Syukur kenyang. Eh, nanti tu pun Sk akan letak entri lain jugak, tunggu tauuu.. hahaha.
Dari Kukup kita ke mall. Pak Inche ada majlis makan malam dengan VVIP esok malam. Takkanlah asyik nak pakai baju sama, naklah pakai baju baru katanya. Sk dan Iman pun tumpanglah sekaki, hihihi. Singgah kedai buku sekali, tengok novel The Story Of Maria, tak beli yang ni sebab dah beli online, saja ambil gambar nak bagi sokongan kepada novelisnya, Anuar Darwisy.
Lepas beli baju, Pak Inche tuntut janji Sk nak belanja dia mengopi di Jamaica Blue. Alamak, dia ingat pulak, padahal janji dah lama berlalu. Tu tak pa, gaji pulak lambat lagi, hihihi. Kali ini pilih duduk di pinggir tebing sambil tengok manusia meluncur ais. Lepas mengopi, dia ajak pulak kita jalan dari hujung ke hujung sambil turun ke eskalator di tingkat kami parking. Hurmmm.. rasa nak tanggal kepala lutut berjalan, marilah kita pulang sebelum maghrib menjelang.
air teh tu memang pesyen ehk tonggeng susu tin cm gitu . hahhahaa..
ReplyDeleteHahahha.. tu sebab belum kacau, malas nak amek gambar lepas kacau 😜
DeleteLama gila x gi kukup.. Dah cantek ke situ? Ke masih sama mcm dulu suasana nya hehehe
ReplyDeletedah tak banyak kedai, dah tak meriah. Tapi restoran ni macam dah cantik sikit laaa
DeleteAlaa...lamanya x naik Kukup...selalu pi bila naik site opis kat Tg Bin....selalu gak makan seafood kat restaurant tu...tp x ingat nama la....tunggu SK update...mana tau kot tempat yang sama
ReplyDeleteGoreng pisang guna tepung beras memang ranguplah SK ye. Ni kalau Firdaus jumpa yang tepung salut pisang yang rangup-rangup kecil tu dia kata kacang. Sedapnya kacang, katanya!
ReplyDeleteGoreng pisang wajib ada sambal kicap baru syok lawan dengan pisang tanduk manis manis tu. Seronok jalan jalan dengan kaki jalan. Ke sana sini kita ikutkan je. Jauh ronda ronda ke kluang ke kukup.
ReplyDeleteJauh mengopi tu SK...
ReplyDeletePernah sekali menjejak kaki kat Kukup hujung benua tu...sempat la lalu Kampung Rimba Terjun tu..hihihi...