NASI GORENG DAGING CAMPAK-CAMPAK

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

Assalamualaikum... 

TIADA apa yang lebih mudah hendak dimasak jika sudah kekeringan idea selain dari Nasi Goreng. Nasi putih yang dikumpul-kumpul ada tiga mangkuk rasanya dalam bekas tipuware panjang. Hari tu, Sk dah siap hiris daging sebuku besar lengan kucing, tapi tak jadi masak. Ada juga lebihan kacang buncis yang dibeli masa nak masak Udang Lemak Cili Api. Cili dan bawang kisar pun ada stok, jadi, tak perlu dah berhempas pulas sangat, semua tinggal campak-campak dalam kuali.


Siap Nasi Goreng Daging. Nampaknya daging sembunyi balik nasi. Tapi, macam banyak sangatlah pulak kacang buncis tu, padahal cuma letak lima batang aje. Nak pedas, potong cili api, gaul dengan nasi.

Hurmm.. nampaknya dah bermula hari kerja yang sibuk buat Pak Inche. Dalam dua minggu lagi akan berlaku Pilihanraya Dewan Negeri Johor ke 15 (PRN15). Bos-bos dari KL dah turun ke Johor untuk bertemu mata dengan Menteri Besar Johor. Tentulah banyak program bual bicara bagi memeriahkan kempen pilihanraya. Mintaklah kempis sikit perut Pak Inche sebab banyak pergerakan ke sana sini. 


Eh, belum habis cerita nasi goreng, dah masuk cerita lain pulak. Haaa.. nampak tak, cara paling berselera menikmati nasi goreng. Mesti ada telur goreng mata dengan taburan cili padi. Cili padi hijau ni agak pedas tapi tidaklah pedas berdesing macam cili padi merah tu. Kalau cili padi merah tu, sekali tergigit berpinar mata, gigi pun terasa bisa, hihihi.

Syukur Alhamdulillah 🌹
Tags

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Rasanya lezai dan bergizai... (Kalau tengok video tukang masak indo tau le ape maksudnya)

    ReplyDelete
  2. Haaa baru nampak posting ni hehehehe mesti salah post tadi..
    Harini nasi sejuk masuk peti ais, kita makan nasi arab harini hehehe esoklah buat nasi goreng..

    ReplyDelete
  3. Campak campak tu yang jadi sodap tu. Daging kalah dengan kacang boncis, terpaksa menyorok kat bawah bawah. Uishh siap ada cili potong tu. Tak berdesing pedas okay lagilah kan.

    ReplyDelete
  4. SA poun suka buat nasi goreng daging atau mee goreng daging...kalau ada lemak2 dia sikit pun sedap...

    ReplyDelete
  5. ammi suka nasi goreng letak kacang buncis...lebih crunchy compared with kalau letak kacang panjang.

    ReplyDelete
  6. Uncle suka telur macam tu... Kuningnya lembik2...

    ReplyDelete
  7. Saya suka nasi goreng daging sembunyi...buncis pun suka..lagi suka dari kacang panjang

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!