Assalamualaikum...
ALHAMDULILLAH, Khamis lepas merupakan hari terakhir Iman intern di sebuah pusat latihan di pusat bandaraya Johor Bahru. Jumaat (semalam), macam-macamlah rancangan kami untuk makan-makan. Apapun, Sk kena selesaikan urusan kain baju dan kemas rumah sikit-sikit dulu sebab hari ini, ada lain plan pulak 😆
Buat itu, buat ini, sambil baca buku (novel), sambil tengok netflix (siri Taxi Driver), akhirnya dah jam 4 petang. Memang dah malas la nak keluar, nanti balik bertembung dengan orang pulang kerja, jadi Sk ingat, nak bungkus nasi kerabu atau apa-apa makanan yang dijual di dalam taman. Sambil panaskan enjin, sambil nak susun barang di bahagian penumpang tetiba nampak satu benda meluncur. Apa tu??
Ya Allah! Cemana boleh ada anak cicak dalam kereta. Bukan baby mungkin dah tadika kot, adui.. halau dia tak nak lari keluar padahal pintu tu dah terbuka depan belakang. Berlari masuk rumah semula ambil penyembur serangga. Sembur satu kereta, matikan enjin, tutup pintu, kunci! Tak jadi keluar 😭 Dahlah lapar, hurmmm.
Wangi jew aroma nasi goreng cili sampai LD. Lupa kejap si dia yang meluncur di kereta tu hihihiii.
ReplyDeleteSedapnya nasi goreng cili kering tumbuk...
ReplyDeleteHahaha spoil la cicak ni...
Kalau ada 🪳ni pun...
boleh spoil jugak kan 🤣
Yang rajin buat nasi goreng gini adik kita, Mamanya Mia tu.. anak-anak dia suka..
ReplyDeleteSedapnya nasi goreng cili kering. Dah jadi menu fav sekarang ni. Tambah hirisan daun bawang dan daun sup lagilah mabeles. Haa biar cicak tu mati kering. Risau kalau dia tiba tiba chakkk pulak nanti.
ReplyDeleteCicak dlm keta payah nak mati sbb banyak ruang nak menyelit. Time kita drive econ sejuk dia pon panjat betis
ReplyDeleteallah kita memang suka betul nasi goreng style macam gini .. okay nak cedok resepi sini yer ..
ReplyDeleteNasi dah simpan peti ais..masak pulak nasi goreng menag mantap..sebiji-sebiji cantik.. hehehe. owh nasi goreng..
ReplyDeletePagi ni pun SA buat nasi goreng cili kering tumbuk...pedas plak...Dania makan je...
ReplyDeletenasi kat rumah saya tak sempat basi dah dihurung semut. Nak buang semut pun dia dah masuk penuh satu periuk padahal tinggal kejap je atas dapur gas. Kadang masak lebih untuk nasi goreng pun tak dapat sebab dah masuk semut
ReplyDeletesedapnya...sok pagi nak buatlah. Tapi kena tumbuk sesiap malam ni kalau tak kesian jiran tingkat bawah terganggu dengan bunyi lesung pepagi buta
ReplyDelete