Assalamualaikum...
SUSAHNYA nak cari makan ketika bercuti ke Kuantan, baru-baru ini. Sebenarnya, taklah susah kalau sanggup beratur dan bersesak. Tambah lagi susahnya kalau cerewet 😅. Bayangkan, secubit ikan bakar pun tak merasa semasa bercuti ke Kuantan. Sana sini beratur dan sesak. Kedai lain pulak, sama ada tutup atau jualannya dah habis. Yassalammmm...
Begitu begini, akhirnya, kami ke Restoran Mat Kilau Ikan Bakar yang terletak di Bandar Putra, sebelum Tanjung Lumpur. Tengok jam, belum pukul 5.30 petang. Bila ditanya ikan bakar, ikan pun belum sampai, cuma ada masakan panas. Pak Inche kata, makan nasi goreng dululah, buat alas perut sementara malam. Kami pun pesan tiga pinggan nasi goreng iaitu Nasi Goreng Daging untuk Pak Inche, Nasi Goreng Belacan untuk Sk dan Nasi Goreng Mat Kilau untuk Iman.
Beberapa lama kemudian, seorang staf menghantar dua pinggan nasi goreng. Sepinggan nasi gorengnya berkicap, sepinggan lagi, nasi gorengnya putih macam nasi putih dan ada lauk daging. Rupa kedua pinggan nasi goreng ini tak sama seperti yang kami bayangkan, jadi, kami memanggil staf restoran, takut tersalah hantar dan tersalah makan. Datang dua tiga staf pulak, masing-masing muka cuak. Memang benar itu hidangannya, Nasi Goreng Daging yang hitam, manakala satu lagi, Nasi Goreng Belacan.
Saya pun macam Iman juga. Kalau lambat pesanan sampai rasa tak keruan. Lagilah kalau yg lain dah habis makan, pesanan tak sampai juga. Tambah kembang kempis perut dan hidung hihihiii.
ReplyDeleteNampak lain macam nasi-nasi goreng dia... tapi, yang penting mengenyangkan dan licin dimakan hihi...
ReplyDeleteHangin la Iman erk lambat makanan sampai....tp pelik la nasi goreng putih...takpe la janji dah makan kan...sedap pun sedap...cuma SA x berkenan nasi goreng kicap tu...
ReplyDeleteAduhaiii..kempunan ikan bakar. Ada chance bercuti ke Kuantan lagi nampaknya. Nasi goreng pucat je macam pelik pulak kan. sabar je lah time lapar dapat makanan lambat. Dah lapar memang licin. Tak ingat dah sedap ke tidak. huhu...
ReplyDelete