Assalamualaikum...
ADUH! Merah lagi punch card Sk bulan ni. Termasuk tadi, dah dua kali merah, maknanya lepas ni tak boleh lambat lagi, nanti dapat surat amaran, huhu. Walaupun tak ada tindakan tatatertib, potong gaji atau lain-lain hukuman, tapi sebagai manusia yang normal, mesti malu sendiri. Mereka yang tak normal aje yang selamba aje tak rasa bersalah, termasuklah menolong mengetik kad perakam waktu kawan, hurmmm.
Sk tak keluar lambat pun.. sebaik memasuki kawasan Taman Nusa Sentral, nampak berderet lampu brek berbaris-baris dari kenderaan di hadapan. Eh, kenapa pulak? Jaranglah jalan ni jammed kecuali sebelum ni, ada kerja pembaikan jalan. Hurmm, jalan elok, takkanlah dorang buat kerja pulak. Masa tu, jam baru pukul 7.20 pagi.
Seminit.. dua minit... lima minit... eh, tak gerak langsung tau. Seolah-olah ada sesuatu yang menghalang jalan. Benarlah kata pepatah, 'Sediakan roti semasa jem,' Jadi, sambil makan roti, sambil hirup kopi. Taklah stress mengadap jammed.
Selepas 15 minit, barulah trafik mula bergerak. Masa ni dah siap sarapan dah. Baru nak melepasi persimpangan bertingkat Hospital Columbia Asia.
Kabur.. ni Sk guna Phone Holder ambil video, bila kereta dah gerak laju sikit, memang tak dan nak setting balik tengok apa yang blur. Nampak macam ada kerja penyeleggaraan. Ish, dorang selenggara apa sampai tak bergerak langsung kami ni ek? Bila dah dekat, nampak tertera tulisan, tak silap mata SK la.. rescue team.
Nampak macam ada pasir atas jalan. Mungkin ada kejadian tumpahan minyak sebelumnya.
Bila dah semuanya sangkut, maka semua sekali tadi sangkut jugaklah di Plaza Tol termasuklah lorong MyRFID. Sk masih guna Touch n Go. Lorong Smart Tag dah dimansuhkan, kan. Tapi hari tu, Tol Tangkak, ada lagi lorong Smart Tag.
Walaupun lambat, singgah bank sekejap sebab memang nak kena cucuk jugak benda tu, haha. Sampai pejabat, punch pukul 8.06. Taklah lambat sangat kan.. tapi merah tetap merahhhh...
huwa huwa huwaaaaa.
samalah dengan ammi..kat office ni boss masuk pukul 10 lebih. takde punch card, takde thumb print...yang ada cuma kejujuran je. tapi bila lambat walau 2-3 minit sekalipun Ya Allah rasa bersalah sungguh
ReplyDeleteSampai lewat i kadang2 memang tak dapat dielakkan terutama kalau jem
ReplyDeleteBukan sengaja pun
datang lewat sesekali tu lain dengan datang hari-hari. kalau lewat sesekali memang bersebab la tu. kalau hari-hari dah jadi habit.
ReplyDeleteJauh perjalanan juga ya Kak.. tapi dah mencari rezeki, merah pun redah aja laaa
ReplyDeleteSA hari- hari awal tapi tu la balik tetap on time..patut bleh la flexible kan?hahaha...
ReplyDeleteKereta pun banyak merah. Kami di sekolah pun hari ini banyak yang berbaju merah. Punch card pun merah juga ye SK. Sabo ajelah mak burung oiiii!
ReplyDeleteBetul betul, kalau manusia normal lambat seminit dua pun dah rasa bersalah. Bertabahlah kalau jem. Sempat jugak sarapan.
ReplyDelete