GRABFOOD PATIN TEMPOYAK RESTORAN RATU

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum...

MASIH lagi bersiaran dari Swiss Bel-Hotel Tanjung Lumpur. Lepas bersarapan pagi tadi, Sk dan Iman melayan drama bersiri Korea dari satu episod ke satu episod. Kalau ikut pada itinerary, tengahari ini kononnya nak makan tengahari di mana-mana restoran yang menyajikan Gulai Patin Tempoyak. Semalam, tersua dengan sebuah kedai ni, ada Udang Galah jugak, untuk orang yang tak makan patin, tapi masa kami sampai tu, dah petang, habis sudah. Jadi, kononnya nak ke sanalah. 

 Dok layan drama bersiri Korea tu, sedar-sedar dah tengahari. Pak Inche pulak kata, kenyang lagi, petang-petang baru keluar. Dah.. kalau petang, mana nak dapat patinnya. Orang makan patin tengahari, petang mengopi, malam makan ikan bakar. Terus suruh Iman tengok dalam grabfood, kot ada delivery Patin Tempoyak. Jumpalah.. Restoran Ratu. Mungkin dekat aje dari hotel kami, caj penghantaran cuma RM3. Terus buat pesanan dan tinggalkan note, jumpa di lobi. 


Hah.. betul sesangat la.. sejak semalam, nak pergi mana-mana tempat makan, semua beratur panjang. Memang salah satu yang buat rasa malas nak keluar tu, mengenangkan terpaksa beratur. Nak sangat kan berjalan masa cuti am.


Tapi tak sangkalah pulak pembungkusannya macam ni. Biasa, kalau pesanan FP atau GF mereka akan tapau dalam tipuware tu. Dahlah tak ada pinggan mangkuk. Mujurlah nasi tu diletak dalam polisterin 😅


Untuk Pak Inche yang tak makan Patin Tempoyak, kita tapaukan Kari Ayam dan Ayam Goreng.


Sambal belacan jangan dilupa.


Gulai Patin Tempoyak untuk Sk. Walaupun dah beberapa kali bercuti ke Kuantan, ini kali pertama Sk makan Gulai Patin Tempoyak di sini. Potongan ikannya besar dan tebal, puasssss hati sangat. Kuah gulainya pun sedap.


Iman nak cuba Pais Patin Tempoyak. Bagus Iman, berani mencuba dan tidak sia-sia. Bandingkan antara gulai dan pais, kami undi pais. Rekomen!!


Setiap set patin ni berharga RM15, siap nasi putih seorang makan, ulam dan ikan kering bulu ayam. Tapi sedih tul pulak tengok ulam Iman dah kekuningan. Tapi sebab masakannya sedap maka kami abaikan ajelah.

Yang best, tak payah keluar, tak payah beratur, dapat jugaklah makan Patin Tempoyak. Syukur3.














Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. kemain sekarang kak seri screenshot je story iman . hahhahahaa.. so cute.

    ReplyDelete
  2. Musim covid ni paling malas nak keluar sebab kena beratur kan. haritu stay hotel pun grab kan je. Senang. Dapat makan santai santai kat bilik.

    ReplyDelete
  3. Fuyoooo tp btul la kan klu dh ramai sgt mmg malas nak kluar kan.. Nasib baik ada food yg boleh di grab kan

    ReplyDelete
  4. Baloi juga harga tu sebab ikan patin besar.

    ReplyDelete
  5. Alaaa...terus tekak kita rasa nak makan ikan patin tempoyak plak

    ReplyDelete
  6. Terliur pais patin Iman tu.Kalau guna daun pisang or daun kunyit lagi mengancam aroma ni..
    Lahai kenapa la depa letak juga sepelepah ulam selom kuning tu...hihihi

    ReplyDelete
  7. Kalau Suami kita dah bebel makanan dalam polestrin tu Kak, dia kalau kt kedai, siap tanya, 'takde tupperware ke?' huhuhu.. malu kita kadang.. Tapi nampak sedap betull patin tempoyak tu, peberet kita..

    ReplyDelete
  8. Betul tu SK. Kita paling tak suka beratur berbaris nak beli makanan. Bukan lima minit, tapi ada yang sampai dekat satu jam. Puas hati dapat patin tempoyak sedap!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!