BERBUKA PUASA KE 7 DI SELERA MALAYSIA BUFFET DINNER, THISTLE JOHOR BAHRU

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum..

INI bukan pasal buntu nak masak apa untuk berbuka tapi teringin nak berbuka puasa ala bufet yang menghidangkan pelbagai masakan tempatan dan antarabangsa. Orang Malaysia tekaknya versatile, bila sebut jer Selera Malaysia, ia bukanlah bermakna masakan asal Malaysia tetapi Selera Malaysia melambangkan masakan yang diterima di negara kita. Dari masakan tradisi negeri-negeri di Malaysia sehinggalah masakan antarabangsa, orang Malaysia jarang-jarang menolak, betul tak?😝

Jadi, di mana agaknya boleh dapat hidangan bufet yang melepasi syarat tersebut, tentulah Selera Malaysia Buffet Dinner yang kini berlangsung di Thistle Johor Bahru sepanjang Ramadhan tahun ini. Jangan risau tentang penjarakan fizikal kerana ia diadakan di Orchid Ballroom yang sebesar alam tu, hehehe. 


Setiap kali bulan puasa, nasi berperisa sering jadi pilihan untuk berbuka. Menyedari selera tersebut, Thistle Johor Bahru memenuhi permintaan tetamu. Tidak sah pulak, kalau tak ada kambing goleknya, nahhhh.. terlentang seekor kambing sebelah nasi, makanlah puas-puas, hihi.


Disebabkan dah beberapa kali berbuka puasa dengan nasi berperisa, kali ini Sk terus menuju ke gerai barbeque. Memang tak pernah jemu sebenarnya dengan hidangan western ni, lagilah tengok lemak yang berjuicy tu, memang sesuatu yang tidah harus  tidak dimakan 😘


Sate tetap ada peminatnya yang tersendiri. Jika hidangan barbeque dicicah bersama sos lada hitam, cendawan atau barbeque, kepingan daging yang dicucuk pada lidi ini tentunya enak dinikmati bersama sos kacang. Perapan yang lazat serta dibakar sempurna membuat kita asyik teringat semasa nak lena.


Ada sesetengah yang suka berbuka dengan goreng-gorengan seperti pisang, nikmati ia bersama sambal kicap bak kata Sk selalu, tak Johor la kalau tak makan pisang goreng dengan sambal kicap. Lebih nikmat apabila disulami dengan secawan teh tarik atau nescafe. Kalau nak solat dulu sebelum makan berat, surau disediakan di aras sama bagi tetamu lelaki dan di tingkat dua bagi tetamu wanita.


Roti John yang sentiasa mengingatkan Sk zaman nostalgia, hihi. Semuanya disediakan secara langsung di hadapan tetamu, sedap dimakan panas-panas gitu.


Murtabak, hidangan wajib sepanjang ramadan. Di Johor, murtabak dihidangkan bersama kari atau dhal, ada juga yang suka makan murtabak dengan sos cili.


Mesti nak makan nasi ketika berbuka, Lapan Kawah menyajikan lauk-pauk yang istimewa. Antaranya Gulai Patin Masak Tempoyak.


Tak Johor kalau tak ada Asam Pedas kan.


Nampak ada tetamu yang makan macam kat rumah dah Kari Kepala Ikan ni. Tak ada siapa marah okay, buat macam rumah sendiri


Masakan Ayam Opor Maharani. Boleh makan dengan nasi putih atau nasi impit pun sedapppp.


Makan dengan ketupat nasi lagi sedap. 


Makan dengan lemang pun apa salahnya.


Kuah Kacang pelengkap hidangan seperti raya.


Serunding daging penambah selera.


Talapia Goreng Sambal Lado.. ish ish ish


Rugi kalau makan buffet tak ambil udang tau


Stesyen Salad yang menempatkan pelbagai hidangan kerabu dan ulaman, keropok, salad, ikan dan telur masin serta jeruk buah-buahan.


Pecal Jawa


Akhirnya dapat makan bubur setelah seminggu berpuasa. Sedap buburnya.


Kuey Teow Goreng yang menjadi favourite.


Iman kata, bonda ni suka nau nau makan mee, hehehehe


Paling best buffet ni ada pelbagai hidangan dari durian seperti Durian Cake Roll ini. Selain tu, ada Pulut Serawa , Dodol, Serimuka, Cream Puff, Durian Goreng Istimewa, Onde-onde, Durian Tart, Ketayap dan Muffin yang semua intinya ada duriannnnnn.


Potongan pelbagai jenis buah-buahan.


Stesyen Air Batu Campur DIY.


Ais Krim Potong pun ado.


Sambil menikmati hidangan, bolehlah lihat persembahan secara langsung persembahan biola dari Aqmal Daniel #thestyloviolinist Nombor Satu Malaysia. Sebagai pengikut Aqmal Daniel sejak dulu, memang kagum la tengok persembahan Aqmal semalam yang lebih mantap berbanding dulu. Sepanjang Ramadan ini, Aqmal akan mengadakan persembahan setiap hari bermula 17 April sehingga 9 Mei sahaja tau dan setiap Selasa, beliau berehat dari persembahan.

Jadi, bagi anda yang masih tercari-cari tempat untuk berbuka puasa secara bufet bersama rakan dan keluarga atau mana-mana syarikat yang nak belanja staf berbuka puasa tu, bolehlah membeli baucer Early Bird yang cuma berharga RM98 bersih bagi dewasa dan RM48 bersih bagi kanak-kanak dan warga emas. Cepat tau sebelum kehabisan.

HARGA NORMAL

👨‍👩‍👧‍👦 RM118 dewasa / RM58 kanak-kanak

🗓 13 April 2021 - 12 Mei 2021

⏰ 6.30pm - 10.00pm (Isnin hingga Ahad)

📌 Orchid Ballroom, Thistle Johor Bahru

🎻 Persembahan Biola Istimewa oleh Aqmal Daniel dari 17 April hingga 9 Mei 2021

🚘 Tempat letak kereta percuma

☎ 07-222 9234 / 07-267 8999

📞 012-789 2092 (WhatsApp)

📧 salesthistle.johorbahru@thistle.com.my  

fnbcoordinator.jb@thistle.com.my


#ThistleJohorBahru #SeleraMalaysia #buffetdinner #earlybirdspecial #tasteofhome #aqmaldaniel #thestyloviolinist


SUMBER GAMBAR


Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Mak aaaiii.... begini banyak menu yang sedap, agaknya saya boleh tidur terbongkang di Orchid Ballroom sebesar alam tu... sebab nak rasa setiap hidangan!

    ReplyDelete
  2. Bila la nak dapat cabutan bertuah pakej berbuka puasa buffet di hotel..hihihihi

    ReplyDelete
  3. Dulu pelikkk tengok roomate asal Batu Pahat makan pisang goreng dengan sambal kicap, tapi lama lama dah join dia sekali cicah dengan sambal kicap hahaha.

    ReplyDelete
  4. aduhh teringin pulak lemang bila tengok gambar lemang akak tu!

    ReplyDelete
  5. Seronok banyak menu. Pelbagai pilihan. ni kalau PC mahu ulang alik ke tempat aiskrim potong tu je.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!