BAKAR-BAKAR DI HARI JADI

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum...

SEJAK hari anniversary lepas sebenarnya, Pak Inche merancang untuk membuat parti dan barbeque di rumah. Bersungguh-sungguh dia nak beli tong bbq yang baru. Ni bukan pertama kali ya dia beli tempat bbq tu, dah dua tiga kali, tapi lepas guna sekali, benda tu akan terbiar dan sudahnya berkarat. Bila dah lama-lama, rasa semak mata, ke tong sampah lah jawabnya, huhu. Bayangkan 21 tahun kahwin, buat bbq tiga empat tahun seklai, hahahaha. Tak tahulah yang kali ni berapa lama bertahan, dahlah yang beli kali ni besar, walaupun bukan beratus harganya tapi sayang jugakan. Jangan dia biar berhujan dahlah, penat Sk cuci semalam, huwa hwua huwa.


Proses bakar membakar diambil alih oleh Pak Inche.. dah dia yang nak sangat membakar kan. Mujur dibantu oleh Che Li dan Ilham. Abang Jem surrender la, kita bagi dia duduk sebabnya dua tiga minggu lepas, Abang Jem jatuh di tempat kerja. Lepas semua tetamu balik, Pak Inche tumbang.. hahahah.. nak sangat bbq.. hahahahah.. 


Sementara mereka bakar membakar di halaman rumah, kita sediakan salad di dapur. Sk beli salad siap dari Aeon jer. Dasar betul.. huhu. Oh, ya.. konsep bbq kami, bakar sampai habis, baru makan, hihi.


Cik Ani bawa Nasi Butter... punyalah banyak sampai lapan pot dia masak. Padahal Sk dah cakap, masak untuk 10 orang jer sebab yang bbq tu dah banyak, hihi. 


Kambing adalah wajib masuk senarai bbq haiwan di darat. Pandai la orang-orang yang bakar ni, kambing masak sempurna dan juicy, lerai oi dari tulang tu.


Ayam seekor jer.. nasib baiklah kan sebab ada orang tu nak suh buat dua ekor ayam. Dia tak tahu ke PKPB tak boleh ramai-ramai. Lainlah kalau jempuit jiran-jiran, hahaha.


Odang... tiga kilo wooo dibakar, makan puas-puas laaaa.. jangan tak cukup.


Sotong  sebesar lengan Zulaikha, tak silap 7 ekor, yang ni licin. Lain kali kena bakar doblas ekor, haha. Ikan siakap tiga ekor tapi eh, mana gambar ikan, lupa amek, hahaha.


Dah siap bakar semua, baru majlis dimulakan. Nenek dan cucus.


Happy birthdayyyyyy, nenekkkkk


Potong pulut kuning pulak


Buat-buat tak nampak pemandangan di belakang, hahaha. 


Anak menantu... cucu seorang tak mahu beralih dari situ, hahahahaha..


Okay, dah boleh makan... Alhamdulillah.. rezeki mak hari jadi masa anak sedang bersinar-sinar


pssss... banyak ke dapat i-sinar?

boleh laaaa.... ahahahaha


Esok siang, sambung makan lagi sebab udang dengan nasi banyak lagi.. hihi


Beli kek guna GrabFood sebab macam tak puas pulak makan kek semalam tu. Dia nak juga Chocolate Indulgence, huhu.


Tak sabar tunggu nenek potong kek Choc Indulgence, hehe


Makan kek sambil ngeteh.. ada Puding Cocktail tapi lupa gak ambil gambar, hahaha.


Wajah Kesayangan Hamba


Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Wahhh terliurnya tengokk makanan makanan tu semua. Nak nak tengah puasa sekarang ni hahaha

    ReplyDelete
  2. Wahhh...Mak pakai tudung hijau zamrud nampak muda & sesuai sangat....

    ReplyDelete
  3. Bestnya!
    Moga nenek sihat selalu. Nampak ceria & bahagia dikelilingi anak cucu alhamdulillah.

    Nak kena bakor-bakor jugak ni SK. Terlioq tengok udang tu :p

    ReplyDelete
  4. hahaha sama la kak, saya pun ada beli set BBQ, plan asal nak g camping... tp x jadi.. set tu pun x buka2 lagi..terperuk je lam stor sudah nya haha

    ReplyDelete
  5. kalau dah craving satu2 flavor tu, mmg kena juga order, nasib baik skrg ada grabfood kan

    ReplyDelete
  6. Mak patutlah bersinar hahahahaha...
    Selamat hari lahir MakCik... moga sihat selalu..

    ReplyDelete
  7. Sedapnya bakar- bakar kat rumah..lama dah x buat bakar2..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!