REBUS KEPALA LUTUT KAMBING NAK MASAK SUP TULANG MERAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum...

DAH beberapa minggu Iman kata, nak makan Sup Tulang Merah yang macam selalu nenek masak dulu-dulu. Haaa.. dulu, ibu memang selalu masak Sup Tulang Merah, tapi sejak beberapa tahun ni lama dah tak buat. Ibu Sk tu memang macam tu stail dia. Bila dia masak sesuatu tu, dia akan masak berulang-ulang kali, lepas tu tak masak dah, haha. Kadang dia buat Tapai Pulut. Manjanglah tiap minggu kau datang, dia paksa makan tapai pulut tu.. hihi.

Pada mulanya, Sk memang nak minta ibu masakkan Sup Tulang Merah tu tapi tak sampai hati. Sk ni, selagi boleh tak nak dah ibu tu memasak. Sup Tulang Merah ni dikatakan berasal dari negara seberang tambak dan bahan utamanya adalah tulang kambing. Yang rare, ia menggunakan bahagian lutut kambing. Jadi, Sk tanyalah kat grup adik-beradik, di mana ada jual kepala otak lutut kambing ni? Dorang jawab kat pasar... huhuhu.


Hari Jumaat lepas, Angah call, dia kata, dia ada kat pasar dan tejumpa ada tulang kambing ni. Jadi, Sk terus suruh dia belikan tiga kilo. Angah pilih punya pilih punya pilih, rupanya dah empat setengah kilo. Bolehlah tu, sekilo dapat namblas hengget dia kata. Lepas tu dia terus hantar ke rumah Sk. Sk sambil cuci sambil mengira. Memang sejenis macam tu, buat apa pun sambil mengira tak kiralah siang ikan ke, udang ke, sotong ke, mesti nak mengira, haha.Time tu, engko janganlah tanya apa-apa soalan ya, haha. Jadi, Sk kira, ada 25 ketul tulang kepala lutut kambing tu. 4.5 kilo bahagi 25, maknanya anggaran satu tulang tu beratnya 180 gram.. gituuuu.


Lepas cuci masukkan dalam kuali beso dan masukkan air secukupnya, buka api. Tujuan Sk nak rebus tulang ni sekejap dan buang air rebusan pertama yang keruh tu. Ingatkan nak buat dua tiga kali tapi nanti takut hilang rasa mbek tu, hahaha. Jadi, rebus sekali jer pun cukup, bilaslah semula tulang kambing tu satu persatu sebelum direbus guna pressure cooker pulak. Senang sikit nak hogah tulangnya nanti, hihi.


Air rebusan pertama yang keruh ni, kita buang. Mula nak angkat kuali tu tuang terus ke sinki tapi jangan ambil risiko. Mahu patah tangkai kuali tu, bukan yang macam telinga tu, tapi tangkai panjang warna hitam. Dibuatnya tanggal, sup tumpah tak apa, kalau badan melecur?? Jadi, Sk angkat tulang masuk tapis jer, lebih selamat dari angkat kuali, hihi.


Memang tak muatlah nak rebus tulang sekali arung dalam periuk noxxa ni. Jadi, terpaksalah rebus separuh-separuh. Sekali rebus, Sk tekan HP 60, jadi sejam lebihlah jugak merebus untuk satu sesi. Dalam air rebusan, masukkan dua buku halia, setengah labu bawang holland yang dibelah-belah dan satu set rempah sup bunjut khas untuk sup tulang.


Rebusan tulang sesi pertama, kena pindah periuk baru lain sebab nak rebus tulang yang separuh lagi. Tengoklah susm-sum dalam lubang tulang tu, geram tak? Lepas tu, fikir.. bestnya kalau ada periuk besar, boleh rebus sekali atas dapur gas pun tak apa. Kita rebuslah lama-lama sampai empuk. Bulan puasa ni jual Sup Tulang Kambing pun laku juga agaknya. Tapi, kira-kira balik, modal tulang 25 ketul jer dah RM72, jadi seketul tu dah RM3, belum campur kos masak, upah dan penat lelah basuh periuk, hahahaha.

Lupakan sajo!

bersambung...
Tags

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. sup kambing makan dgn roti banggali.. sedap ni

    ReplyDelete
  2. Alahai fav SA ni,selain buat sup akan masak kari jugak..fav kami adik beradik...tapi dah jarang buat sebab abah dah x leh makan...

    ReplyDelete
  3. Dia punya sumsum tu menggoda sungguh.

    ReplyDelete
  4. erkk... ok kita x mampu nk kata lelebih sebab kita x makan kambing heheh

    ReplyDelete
  5. Sebelum direbus pun kepala lutut kamben dah nampak comel. Mau rasanya bawa lari semangkuk, cecah dengan roti bantal ke, roti benggali ke...sedapnya!

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap tapi tak makan kambing pulak hehehe

    ReplyDelete
  7. Sedapnya SK.. akk bab nk mengolah lutut kamben tu mmg mlas..tp suami suka mkn ni.

    ReplyDelete
  8. Hahahaa iyerr Kak, nak membeli je dah berpuluh, nak masak lagi, merenenh lagi.. kalau takde Noxxa, tak kowser nak buatnya hahahaa

    ReplyDelete
  9. Auhhhh,godaan apakah ini Sk..?
    Tidur malam ni mau termimpi sup merah ni

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!