Assalamualaikum...
DUA hari ini jalanraya sesak teruk. Kalau pagi, masih boleh tahan lagi tapi bila balik kerja, stress betul mengadap jem. Yang pagi tu nasib baik agaknya Sk ni ikut highway.. ke pergi balik kena ikut highway baru tak stress?
Tutup mata jerlah bayar tol asalkan tak ikut menyesakkan jalanraya, huhu.
Malam tadi Pak Inche bertugas di stadium lagi. Ingatkan hari Jumaat aje, lupa jadual bola ada juga yang hari selasa. Tengahari semalam, SK tanya Iman, nak makan di luar, nak tapau makan malam atau nak beli lauk di kafe Kak Sab? Ada lauk asam pedas kegemaran Iman, nak ikan mayong atau ayam. Laju-laju Iman jawab nak asam pedas ayam. Jadi, terus SK bungkus siap-siap, asam pedas ayam dua ketul dan sayur taugeh goreng, simpan dalam peti sejuk office. Balik rumah, panaskan semula lauk-lauk yang dibeli.
Lepas tu teringat ada lagi
Kari Daging sikit, jadi ayam tu Sk keluarkan seketul aje, seketul lagi suruh Iman makan tengahari ni. Sk, perabih kari daging dengan
Sambal Kak Wok, cam tulah kan pengorbanan emak-emak kita dulu.. habiskan lauk kelmarin punya kelmarin, haha. Lega jika ada tinggalkan makanan di rumah sebab Sk ni bukan spesies rajin masak sebelum subuh, hahahah. Harapkan Iman masak? Goreng telur pandai lerrrr...
Sejak dah mula kuliah dalam talian ni, tiap hari kena hantar laporan selesai makan tengahari, hihi. Hari pertama, lauknya telur dadar dengan sambal
Khairulaming. Padahal ada lauk kari dalam peti sejuk, tak nak makan dah sebab asyik makan lauk kari aje katanya. Aik, dulu kecik-kecik kemahen lagi ko menghirup kuah kari kat kedai mamak ya Iman??? Lupa daratan la tuuu...
Laporan semalam, goreng Telur Mabuk, makan dengan sambal si aming jugak. Haa.. ni satu-satunya makanan berkicap dia boleh masuk (selain sambal kicap), iaitu telur mabuk. Panaskan minyak sikit dalam kuali, pecahkan telur, masukkan kicap, hancurkan telur dalam kuali sambil kacau hingga masak. Biasa kat rumah ni guna kipas udang, tapi tuari Pak Inche kata nak cuba kicap dot dot dot. Sk tak kisahlah, sebab Sk pun bukan jenis berkicap. Rupanya kicap tu sangat hitam dan agak masin.Iman cerita, dia pecah telur dua biji, lepas masukkan kicap, hitam betul telurnya, terus dia pecahkan lagi sebiji.. dahhh tiga biji telur sekali hadap semalam, hahahaha..
what????? mana komen ktaaaaa????
ReplyDeletePenat tulis panjang2... tapi tak muncul kat sini.... test test lagi!!! iskk iskk
Hahahahahaha
Deletetest.. bismillahirohmanirohim
ReplyDeleteEkceli kan dulu kita tau asam pedas ikan je tau...
even mak kita pun just buat ikan..
pestime makan asam pedas ayam ni kat rumah SISLIN hahaha, mula tu cam pelik...
sebab selama kita dok JB x pernah tau ada asam pedas ayam..
Harini nak masak sayur taugeh hahahaa geram makan semalam tak cukup hahahaha
ReplyDeleteamboii melampau dia makan sedap2, x cukup kata nya :D ..
Deletehahahahaha.. mesti putih gebu taugehnya.
DeleteMak mak ni camtu la SK..risau kalau anak tak makan..Asam pedas ayam sedapnya...sambal kak wok tu lagi lama lagi sedap kan...
ReplyDeleteOwh telur mabuk rupanya
ReplyDeleteingatkan telur ayam.
I love asam pedas ayam! Ui. bila ler nak dpt sambal KhairulAming nih. Fuh. fuh! Mantap!
ReplyDeleteHaaa. pedan kat Iman, jangan lupa daratan tau.. Bahahhahhaha
Pesan**
Deletepermainan poker yang gampang menangnya hanya di IONQQ
ReplyDeleteayo segera di coba permainan kami :D
WA: +855 1537 3217
Lauk sedap sedap tu. Ohh macam tu telur mabuk. Alahaii tak pasal jadi 3 biji telur. Hihi..kena lah hadap sampai habis. Pedas x sambal nyet tu kak?
ReplyDeletesamaa.. kat umah pun suka habiskan lauk kemarin hehe
ReplyDelete