MAKAN DI ZAITUNA LAGI

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum...

DI JOHOR ni memang banyak restoran nasi arab, cuma tu la, kadang tu yakin dengan tak aje nak pergi .. bukan tak yakin apo.. tak yakin sedap, huhu. Sebabnya ada yang tak konsisten memasak, hari ni kita order dapat lain, esok kita order dapat yang lain pulak.  Malam tadi, teringin nak makan nasi arab, jadi sebab dah puas hati sangat dengan nasi arab Zaituna, kami ke sini lagi. 

Disebabkan Iman petang tu baru makan Nasi Ayam Penyet order online dan tengahari tu pun dia makan dah nasi ambeng (dia kata lapar sangat, jadi order dua makanan), jadi Iman kata nak makan shawarma jer. Sk pulak bagi cadangan untuk berkongsi makan dengan Pak Inche, ialah.. hari tukan, kita makan kemahen banyak portion sampai tapau bawa balik, hihi.

Terkejut SEBAIK sampai depan restoran, ramainya umat yang nak makan nasi arab. Ramai tu sebab mereka datang ramai-ramai, kebanyakan menjinjit kotak kek, mungkin nak meraikan hari lahir sambil berjamu nasi arab. Selesai SOP, kami cepat-cepat masuk, huh.. lepas tu terusss penuh orang menunggu depan pintu, tak boleh masuk dah, full house! Nampak la staf zaituna agak resah bila pelanggan mula ramai, takut nasi tak cukup kot, huhu.


Hah.. terkentut terkejut tengok nasi kali ni tak banyak macam hari tu. Oh ya, kali ni ubah selera nak cuba Mandhi Chicken tapi ayamnya, comel jer, huhu. Iman kata agaknya orang ramai sangat, jadi dia catu nasi takut tak cukup, hahaha. 

Oh ya, ayam dia sedap juga, lembut jer lerai dari tulang. Kuis-kuis dengan sudu dah tanggal, hahah. Sedaplah, taklah move on. Patut order aje dua pinggan, hahaha.


Nasib baiklah Pak Inche boleh pulak order Kebabbbbb. Masa dia order tu, Sk cakap...nanti jangan suruh bonda habiskan ya, sekali....

😝😝😝

Dua ketul kebab dalam pinggan, seorang satu, tapi cili hijau bakar tu sedap, Sk perabih, tomato pun Sk yang makan, roti pita tu pun, Sk jugakkk tong sampahnya. Okey, acilah kan, sebab, sebenarnya nasi tadi walaupun kongsi tapi Sk ambil sikit jer (alasan). 


Iman pulun habis beef shawarma. Sos cicah2 tu sedap. Shawarma ni sandwich arab. Kalau kita balut macam ni ia sandwich, kalau tak balut, dipanggil kebab, kisahnyaaa. Jadi, kebab yang kat pasar malam tu, menyamar la kannn.. hahahah. Teringat dulu-dulu suka beli Dunya Kebab, dia balut macam shawarma ni la.


Esok tak kerja, haruslah mengopi kan. Yang ni Turkish Coffee.. kopi dalam bekas merah tu dia akan panaskan dalam abu dulu sebelum dihantar kepada pelanggan. Ni Sk minta saiz L, kalau saiz M lagi comel cawannya, sekali teguk terus hilang. Kira one shot ajelah.. 

Hurmmm.. tengok kopi ni rasa macam nak pergi bancuh kopi kat dapur pulak.. sebab niari takde sesi kopi-kopi, Iman kelas online oh.

Selamat duhet Mak Inche.. hahahaha.



Tags

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kejap England..kejap Arab...Bila nak makan sambal velacan ni...hihihi

    ReplyDelete
  2. Semalam breakfast ala matsaleh, harini ala arab pulak hahah

    ReplyDelete
  3. Selalu camtulah kan...
    Bila order sikit, macam tak cukup
    Itu yg rasa nak repeat hihi

    ReplyDelete
  4. Lama x makan Shawarma!! Tapi kalau isi dalam sedap, memang sedap makan nih... Mengenyangkannn gituh!!

    ReplyDelete
  5. Sama nngan SA la SK..kadang sceptical antara sedap ngan x sedap makan nasi arab ni

    ReplyDelete
  6. permainan poker yang gampang menangnya hanya di IONQQ
    ayo segera di coba permainan kami :D
    WA: +855 1537 3217

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!