BETUL KE BAJU SABELLA TAK PAYAH GOSOK?

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum...

SEJAK tahun 2019 rasanya, para wanita dilanda demam Sabella.. Sabella.. Sabella. Baju tak payah gosok katanya. Di lebuhraya, terpampang wajah Ratu Rock Ella sebagai duta baju Sabella ni. Ramai juga kawan-kawan Sk yang menjadi dealer atau ejen baju Sabella termasuk rakan sekerja dan rakan fb. Tapi, masa tu Sk belum ada hati nak membeli disebabkan Sk dah membeli beberapa helai pakaian dari beberapa jenama lain. Kebanyakan yang Sk beli tu adalah stok sedia ada, justeru apabila Sabella ni menggunakan konsep pre-order, Sk agak kurang berminat tambahan harganya sedikit lebih dari jenama lain. Nampak tak, dahlah mahal sikit, pre order pulak tu.

Eh, bukan Sk jual barang pre-order jugak ke?

Itu lain ya, barang kami harga riban-riban, kalau kami dah keluar modal, orang tak beli, camno? Gituhhh!

Beberapa minggu lepas, sambil menemankan Iman window shopping (perangai kalah orang dah kerja), sambil-sambil tengok handphone, terpandang satu post rakan fb yang promot Baju Sabella, sepasang RM79, dua pasanag RM99, dalam tempoh terhad. Wah, menarik tu, dua pasang RM99. Baju-baju kurung Sk macam dah buruk jer. Tahulah kalau baju murah, cepat berbulu dan lusuh, namun ku pakai jua, lantakkk.. haha.

Sk buka gambar-gambar baju tu, nampak cantiklah, model yang menggayakan tu, kan.. dengan baju-bajunya sekali. Terus Sk pilih dua yang tercantiks di mato Sk, mata orang lain, tak tahulah. Dan Sk pm kawan Sk tu. Rupanya, dah habis la promo tu, hurmmm.

Sekejap lagi dia call terus, dia kata, promo masih ada.. Sk terus cari tempat lepak duduk dan transfer online. Dalam hati, bagus jugak Sabella sekarang dah ada baju ready stock, sekali kawan Sk kata, baju tu pre-order... hahahahaha.. nasib baik RM99 - dua pasang.

Tunggu punya tunggu.. sampai dah tak tunggu dah.. orang kata, hati dah tawar menunggu.. tiber, sampai jugak bajunya... sampai rumah, buka plastik, saja nak tengok, betul ke baju Sabella ni tak payah gosok? Boleh ke pakai teruih?? Hahaha.. haruslahhhh gosok kalau dah berlipat-lipat dan terkedap dalam beg palstik tu, kan.. huhu.. Oh, ada orang jenis yang basuh baju baru, kan? Jadi, lepas basuh, kena gosoklah ya.. sebab dia bukan terus licin, huhu.

Jenuh jugak menggosok sebab kain lycra. Kain memeri ni kalau salah gosok makin berlipat dan bertindih-timdih. Sambil gosok sambil fikir, berapa la modal sepasang baju sabella ni, ada tak dua hinggit jer semeter kainnya (terbayang kedai eco, hehe). Iman kata, kalau dia mungkin pakai sekali jer lepas tu bergantung dalam gerobok. Hah, Iman memang macam tu.. budak sekarang kan, mana nak pakai baju kurung kalau tak beriya. Percaya tak, baju-baju kurung dia yang bawa pergi kamsis tu semua masih ada dalam beg lagi, hahahaha.

Kainnya tak tebal, tapi mujur jugak jatuh di badan, tak la nampak perut berlipat-lipat. Tapi, tudung jangan singkat, takut, banyak pulak mata yang terlihat benda yang tidak sepatutnya, hahaha. Kain polos ni nak kena sesuaikan dengan tudung bercorak tapi macam tak sesuai pulak sebab janggal pulak coraknya dengan skirt tu, huhu. Jadi, yang sesuai tudung yang polos jugaklah, hihi. Hah?? Nak tengok gambar penuh? Jangan.. pecah skrin handphone / monitor laptop korang nanti, hahahaha.. hahahaha.


Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kita ada Kak dua pasang, tapi tak pakai lagi, sebab bila sampai kannya nipis sangat.. dah macam baju mandi aje, plain pulak tu.. dalam gambo cutting lawo huhuhu

    ReplyDelete
  2. Saya ada tiga pasang baju jenis gini, tapi pernah pakai satu jew. Yang lain duduk menganggur dalam almari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, Amie, harapnya lepas cuci ni tak makin nipis la kainnya, huhu

      Delete
  3. Saya dah ada 5 sponsered by adik saya.Sib baik semua bacground gelap & corak munger2...Sesuailah dgn badan saya yang sedang mekar di taman ni... hihihi

    ReplyDelete
  4. beli sabella sedondon dgn anak dara sy utk raya thn lepas kak... sukaaaa sbb x perlu iron... kalo malas nk iron baju keja mmg pakai si sabella ni lah.. hihi

    ReplyDelete
  5. Tak pernahhh try, tapi ada sedara jual, duk promote..maybe leh cuba selai...HAHAH..
    Tapi kalau saya, sy suka bercorak...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!