MERENTAS DAERAH DEMI NASI BERIANI KING

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum...

SEBAIK sahaja mendapat tahu kerajaan sudah membenarkan untuk merentas daerah mulai 5 Mac, Sk terus teringat Pak Inche yang beberapa kali bersuara, pasal kebenaran merentas daerah ni. Sk tahu, dia dah mula kebosanan tak dapat nak berjalan dan makan-makan. Pak Inche paling suka ke Muar. Itu kalau dapat kebenaran rentas daerah. Kalau kebenaran rentas negeri, mahu sampai ke utara, hahaha.

Jadi, Sk cepat-cepat buka booking,com sebelum harganya mencanak naik pada hujung minggu. Lepas tu pakai main confirm jer. Rupa-rupanya Pak Inche dah mula terbabit dengan tugasan bola pada hari Jumaat. Berkali-kali Sk tanya, kalau nak dibatalkan tempahan hotel tu, tapi Pak Inche kata okey jer, onz.. hehehehe. Eh, tahu tak, sehari lepas Sk buat tempahan, harga bilik yang sama dah naik RM100? Nasib baik Sk cepat tempah hari tu.

Lama agaknya tak jumpa geng stadium, hampir jam 1 pagi baru Pak Inche sampai rumah. Sk sendiri susah nak tidur, dah 2 pagi lebih baru dapat tidur betul. Jadi, Sk taklah tergesa-gesa bertolak ke Muar. Sk juga sediakan sarapan telur separuh masak sahaja, Iman pulak makan biskut pun cukup. Pukul 10 pagi, baru kami keluar, Sk memandu dan menyuruh dua beranak tu tidur sehingga kami keluar dari Tol Pagoh, Pak Inche mengambil alih pemanduan. Sepanjang jalan banyak sungguh kenderaan kecik dan besar. Lepas tu kena tahan pulak dengan polis yang jaga sekatan jalanraya, nasib baik lepas tengok muka kami anak-beranak dia terus lepaskan tanpa tanya apa-apa, huhuhu. Memang dah boleh merentas daerah kan, kami tak buat salah apa pun, hihi.


Kami memang tak singgah mana-mana untuk sarapan. Simpan perut dari Jb demi sepinggan Nasi Beriani King Muar yang pernah Sk ceritakan sebelum ni. Berbaloi-baloi simpan perut, sebab terasa sangat puas makan nasi Beriani dalam keadaan yang sangat lapar, haha.

Pak Inche pilih beriani daging, Iman dan Sk beriani kambing dan Sk tambah lauk ayam beriani. Tamak tu standard, sebab dah lama tak pekena kan. Bayangkan pukul 12 tengahari, nasi dan lauk panas-panas dari periuk. Dah macam makan kenduri oh. Kambingnya lembut dan lerai pulak dari tulang. Hari ini pulak di Beriani King boleh tambah nasi dan air percuma tapi kami tak menambah nasi cuma air segelas, kenyang sangat. Lepas makan terus check in hotel dan zzzzz... Adehhh...mana tak.... (Silap sambung sendiri)


Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Cantik nasi berianinya tu. Rasanya sudah tentulah sedap berganda. Saya pun pilih kambing kalo nasi beraroma sebab dah biasa sgt mamam ayam hahahaaaa.

    ReplyDelete
  2. lepas tu bolehlah cari asam pedas pulak

    ReplyDelete
  3. antara nikmatnya bila boleh merentas daerah dan traveling ni 😋

    ReplyDelete
  4. kalau sampai ke Utara, nasi kandar la kan eheheh

    ReplyDelete
  5. Lama betul tak pekena nasi beriyani. Sungguh terliur tengok gambar tuuu. Kat Kluang ni tak tahu mana port nasi beriyani sedap

    ReplyDelete
  6. wak biasa singah batu pahat kat benteng tu nk mkn nasi beriani., ;p

    ReplyDelete
  7. Uishhh.... Tengok hodangan ni.. Rindu nak makan kenduriiiii

    ReplyDelete
  8. Ayo bergabung di IONQQ dan nikmati deposit/withdraw yang cepat tanpa harus menunggu lama
    IONQQ menyedikaan bonus rollingan 0.3% dan referral 20%
    Ayo segera bergabung bersma kami
    WA : +855 1537 3217

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!