SUNDATE

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum...

SENGAJA ambil cuti hari ni, dating anak beranak. Semalam Sk check-in di Fraser Place Puteri Harbour, hadiah captured angka PV 4646464 blog Sunah Sakura, tapi Sk tak dapatlah yang akhir nombor 4 tu tapi nombor 8. Sebabnya bila dapat nombor 4646463 Sk terkejut dan terus refresh, sekali terus lompat lima angka, nasib baik la saingan terhandal bab captured nombor tu tertidur kisahnya, hahahah.. jadi sebab nombor Sk captured tu yang terhampir, Alhamdulillah, Sunah umumkan Sk sebagai pemenang pakej penginapan 2D1N di Fraser Place termasuk sarapan pagi untuk dua orang tapi Alhamdulillah, masa booking, PR ada tanya nak datang berapa orang, Sk beritahu datang bertiga, jadi dapatlah sarapan free untuk tiga orang.


Musim-musim PKP ni makanan buffet akan di senduk oleh pramusaji, kita cuma main tunjuk-tunjuk ajelah apa nak makan. Standard la sarapan di mana-mana hotel di Malaysia ni pasti ada Nasi Lemak. Aksesorinya lengkap, ada kacang, ikan bilis, timun dan telur rebus. Boleh request jika nak telur mata atau telur dadar atau scrambled egg. Ada jugak rendang ayam. Nasi Lemak dan sambal tidak mengecewakan.


American Breakfast yang tidak cukup America, heheh. Nasib baiklah pagi semalam Sk dah sediakan sarapan ala omputeh sebelum keluar menguruskan beberapa kerja Pak Inche. 


Pinggan Iman.. lepas makan ni, Iman makan Bihun Goreng. Oh, ya.. teh tarik kat cafe ni sedap tau, siapa datang sarapan sini jangan lupa minta teh tarik tiga segelas.


Bihun goreng dan slice cake. Semua hidangan tak mengecewakan cuma tidak banyak pilihan. Tapi, bagi Sk masakan di sini sedap la dan cukup kenyang aje pun untuk mengalas perut. 

Nanti kita cerita pasal bilik yang Sk stay pulak ya.. nak cari makan petang pulak ni, ada orang dah mula lapar, hahaha.  




Tags

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Hahahaa kita hrtu sarapan ada Mee Goreng, pun sedap.. pergi singgah The Pasar tak Kak belakang FRaser tu? Ada restoran JAWS gak situ..

    ReplyDelete
  2. Nasib baikkk mintak teh tarik segelas je hahahaha

    ReplyDelete
  3. Lama tak makan kat hotel.. Bilalah PKP nak berakhir ni...

    ReplyDelete
  4. tahniah kak... bestnya dpt hadiah free staycation

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..weee, dapat la ngedate bertiga kan kann sebelum puasa bermula..

    ReplyDelete
  6. berbagai bonus besar menanti di IONQQ
    ayo di tunggu apa lagi, segera bergabung bersama kami di IONQQ
    WA: +855 1537 3217

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!