Assalamualaikum...
SEJAK beli Peti Sejuk Dua Pintu 'side by side', Sk dan Pak Inche suka sangat top up pelbagai jenis minuman kotak. Masa tu kan nak Chinese New Year, jadi banyak pasaraya yang menawarkan harga murah. Tu belum lagi asal ke kedai RM2 beli minuman bergas dan minuman dalam tin, dah macam kedai runcit, mentanglah banyak tempat kosong dalam tu.
Nak dijadikan sebab lagi, suka jugak membeli tealive. Lepas tu tebus voucher gongcha RM100, rasanya masa tu sampai 10 cup jugaklah beli, tapi bukanlah Sk minum semua tu sorang, tapi sedut sana sikit sini sikit, uishhh.. manis tapi sedappp, huwa huwa huwa. Tu belum part tebus voucher Old town, beli 3 in 1. Asal gi beli grocery, mesti beli lagi pelbagai flavor 3 in 1, tiap pagi bancuh. Tengahari bancuh, petang bancuh. Dah sudah, hujung Januari lepas, check bacaan gula.. terussss @&$€()/#"%!??? Rasakan..
Terus Sk bungkus semua minuman 3 in 1 yang ada dan bawa ke pejabat. Berhenti beli air kotak. Tiap pagi cuma buat kopi o dengan gula setengah sudu kecik jer buat hilang gian. Dah Sk ni kalau tak minum kopi, otak tak berjalan. Nanti kerja tak siap oh, mampuih, hahaha.
Tahniah dapat merosakkan timbang.
ReplyDeleteinsyaAllah tak ada apa2 pun... mmg sebab tak lalu makan jer kot...
ReplyDelete