Assalamualaikum...
PAGI-PAGI Morning dah terpacak depan Warung Kak Yah Kampung Pasir nak tapau Nasi Kerabu Daging Bakar, hihi. Disebabkan bulan ini, Sk baru satu kali lewat (maksima tiga kali), jadi Sk bercadang untuk menapau nasi kerabu dahulu sebelum ke pejabat hari ini. Jadi, kalaulah Sk lewat kerana singgah dulu ke Kampung Pasir, taklah menakutkan sangat, hahaha.. sebab kalau lewat pun baru dua kali. Untuk pengetahuan, laluan Sk ke pejabat, kalau nak pergi ke Kampung Pasir, Sk perlu buat pusingan U di atas jejambat Angsana Mall dan berpatah balik ke Skudai (laluan pulang) yang akan mengambil sedikit masa bergantung kepada tempoh menunggu di lampu isyarat dan tempoh menapau makanan, hihi. Selalu aje rasa nak pergi tapau nasi kerabu sebelum ke pejabat, tapi tulah, nanti lambat. Tu satu, nak kena mengadap trafik yang semakin meningkat selepas jam 7.30 pagi, boleh bikin stress, huhu.
Semalam, bila Sk suarakan nak singgah beli nasi kerabu, maka, ada kawan-kawan yang mengirim. Jadi, kebetulan masa makan nasi kerabu dengan Iman hari tu, Sk ada minta nombor telefon salah seorang kakak yang selalu mengira harga makanan tu, Kak Sufi namanya. Petang semalam, Sk whatsapp Kak Sufi, jika boleh pesan siap-siap. Empat bungkus aje pun nak pesan siap-siap ek, tu yang segan. Ambil masa jugak kan nak tapau empat bungkus. Ingat nak minta ekstrakan solok lada pada salah satu bungkusan tapi risau mengelirukan. Jadi, abaikan sajo.
Sampai warung, baru 7.20 pagi. Kak Sufi tunjuk, siap dah nasi kerabu empat bungkus. Bagusnya sambal dan budu diasingkan, nasib baik.. sebab salah seorang kawan tu jenis takut pedas, hihi. Dia dah pesan sebenarnya minta kurangkan sambal, tapi tu la, Sk takut nanti Kak Sufi pening pulak, hihi. Orang pun belum ramai, pagi nau sangat, kan.. lepas bayar, terus gerak ke pejabat.
Lamanya tak makan akokkkk tu, nampak sedapppp.
ReplyDeleteKuih peria rasa apa SK? Tak pernah rasa lagi hehehe.
Dh mcm pantun dh tajuk entri akak.. hehehe... cantiknya kueh peria tu.. x pernah jumpa dan mkn... rasa mcm mana tu kak kuehnya?
ReplyDeleteFav SA ni nasi kerabu daging bakar..sedapnyaaa
ReplyDeleteNasi kerabu ni kalau nak sedap makan dengan tangan. Lepas makan tangan bau budu...pedulilah situ hahahaaa. Mantap betul tu si akok dengan kuih peria ditambah dengan secawan kopi... memang enak banget!
ReplyDeleteMakanan ni orang kampung saya sebut "Rice To Wednesday" Hahaha..
ReplyDeleteTapi kat Pendang memang ada gerai nasi kerabu tulis kat benner dia Rice To Wednesday..hihihi
Owh nasi kerabu. Lagi banyak sayur lagi syok.
ReplyDeleteKuih akok, nasi kerabu memang kegemaran sayaaaa!!! Tak pernah pulak rasa kuih peria... Jarang jumpa sini.. huhu
ReplyDeleteKalau esok dah jadi nasi kekhamis pulak
ReplyDeletebanyak game yang menarik di IONQQ
ReplyDeleteayo segera daftarkan diri anda :D
WA : +855 1537 3217
aaaa rezekiii tu kakkk! alhamdulillah!
ReplyDeletefirst time tgk kuih peria tu
ReplyDelete