SARAPAN LONTONG PAGI INI

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum... 

PAGI-PAGI seperti selalu, Sk akan bancuh satu mug kopi untuk bekal dalam perjalanan. Ada setengah bungkus lagi Roti Susu Kurma Massimo yang juga dijadikan bekal bila mengadap jem. Biasanya sambil suap roti ke mulut sambil hirup kopi. Tidaklah terasa jemu menunggu trafik bergerak terutama ketika menunggu lampu isyarat bertukar hijau.

Tapi, pagi ni macam pelik pulak. Trafik lancar, tak berhenti lama di lampu isyarat. Jadinya, tak sempat nak menyuap roti atau menghirup kopi. Sampai pejabat, Sk punch card dulu dan keluar semula ke pejabat pos yang terletak tak sampai satu kilometer, ada surat yang perlu dipos. Lepas tu, hati teringin beno nak ke kafe walaupun dah ada roti, hihi.


Masuk jer kafe, tengok atas bain marie ada Fusilli Goreng dalam tray. Masa toleh kanan nak ambil polisterin, eh, ada lontong laaa.. Sekarang ni memang tengah giler makan lontong, agaknya mood raya dah mari tu... hamboiii, puasa pun belum SK!


Sk tapau dengan mangkuk sekali, hahaha. Boleh jer pindahkan dalam polisterin tapi tapau dengan mangkuk lagi senang. Nak makan terus tuang kuah, takyah salin menyalin dan dalam masa yang sama kita selamatkan alam sekitar, gituuuu.

Hurmmm... masakan Kak Sab tak pernah menghampakan. Tengok ajelah dalam mangkuk tu, kan.. komplit dengan tauhunya, tempe, kacang panjang, sengkuang, kubis dan carrot. Santannya tidak terlalu pekat atau cair dan lemak masin secukup rasa. Tapi Sk perasan tak ada fucuk atau suhun, tapi ini pun dah cukup mewah isinya. 

Eh, Sk bawa bekal nasi jugak tau... haaa.. tulah dia rahsia Sk..
makan-makan kurus
sekejap-sekejap makan
sikit-sikit makan
hahaha


Tags

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Nampak pekat dan sedap sangat lontongnya... sekarang nak makan lontong, Lin gi Tea Garden aje hehehee

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. wah sedapnya. SS pun lepas kawen baru pandai nak makan lontong.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!