Assalamualaikum...
BEBERAPA minggu lepas, Pak Inche ajak ke port baru pusat jualan hasil laut segar di Taman Sri Pulai Perdana. Sk pun tak pasti sama ada tempat ni betul-betul baru dibuka atau kami yang baru tahu. Kebanyakan pelanggan yang datang pun rasanya penduduk taman sekitar je. Memang banyak pilihan pelbagai jenis ikan. Macam biasa, letaklah berpuluh jenis ikan pun, ikan siakap jugak yang dibeli, hihi. Lepas tu nampak udang beso-beso... kegemaran, kan.. haruslah diangkut bawa pulang. Semasa membayar, kami diberitahu udang itu baru sampai dari Sabah. Ingatkan nak masak sambal tapi sebab hari tukan, dah masak sambal yang Sk masak Nasi Lemak Tak Cukup Korum tu, jadi semalam, kita masak Lomak Cili Api, lah. Bersemangat Sk masak gulai udang ni supaya hari ini Iman ada lauk untuk makan tengahari.
Okey, kita mengaku rajin masak semalam sebab semangat nak hidang dalam mangkuk BG Harmony yang baru sampai semalam, hahahaha. Aduh, tak menahan betul tengok Harmony by Portmeirion ni tau. Tapi, sangatlah susah nak mendapatkannya sebab demand tak tinggi di Malaysia jadi tak ramai seller yang berani bawa masuk. Sk pulak tak berani nak membeli terus dari website portmeirion UK takut sekali beli terus tersampuk, huwa huwa huwa. Oh, ya.. seperti selalu, Sk memasak lemak udang stail Negeri Sembilan, cuma kali ni udang semato, tak ada kacang buncis atau daun kunyit.
Resepi Gulai Udang Masak Lomak Cili Api
1 kilo udang saiz sederhana atau besar
1 batang serai diketuk
1/2" halia dikisar
1 ketul kunyit hidup sebesar ibu jari dikisar
Segenggam cili api kampung dikisar
1 kotak kecil santan
Air secukupnya
2 asam keping
garam secukup rasa
Cara-cara :
1. Bersihkan udang, belah belakang dan buang urat hitam.
2. Masukkan bahan kisar dan serai ke dalam periuk. Panaskan sehingga cili masak, tambahkan air sedikit bila bahan kisar agak mengering.
3. Campur setengah kotak santan dengan air secukupnya, jangan terlalu cair dan tuangkan dalam periuk.
4. Kacau sehingga hampir mendidih, masukkan udang, asam keping dan garam.
4. Tambahkan baki santan yang ada dalam kotak, kacau sehingga mendidih dan udang masak. Tutup api, siappp!
Ni semalam, Sk cuma siapkan bahan kisar dan masak sehingga langkah ketiga aje. Lepas tu suruh Iman yang masak sampai siap termasuklah garam tu suruh dia rasa sendiri hingga secukup rasa, berapa banyak nak letak garam. Biar tahu masak, jangan tahu makan jer.. hehehe.
Mak Sk kata, tak baik buat kerja tak habis.. tapi semalam tengah masak tetiba sakit perut, tu suruh Iman sambung, kahhhhh.
perghhhhh pebret ni!!!
ReplyDeleteudang nampak fresh tu...
wahh udang besar giler masak gulai sedapp nih bahh., ;p
ReplyDeletefuh mengancam!
ReplyDeleteKalau boh plak belimbing wuluh,enaq banget nih
ReplyDeleteVisit My Website :
ReplyDelete> nonton bokep
> download bokep
> streaming bokep
Eh..SA dah habis pantang..boleh la makan udanggggg...hehhe..okey nak masak macam ni
ReplyDelete