SARAPAN DARI ENGLAND

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum...


SELAMAT mendarat ke bumi Malaysia akhirnya. Lama Sk mencari Mandarin Mugs Cik Port Botanic Rose motifs Warm Wishes ni. Kebanyakannya dah sold out, sebiji pun tak ado dah. Ialah, dulu-dulu tu berangan aje nak beli sebiji dua, kononnya hadiah untuk diri sendiri sempena dapat insentif dari company. Rupa-rupanya betullah kata mereka-mereka, sekali dah terjebak memang agak susah nak berpatah balik, huhu.

Kalau kebanyakan pengumpul Cik Port ni suka motif yang berlainan, tapi Sk pulak suka motif yang sama dengan bilangan genap. Macam BG Harmony plate 8" tu, asalnya beli dua jer warna Forest Green, lepas tu rasa nak tambah lagi dua, sedihnya tinggal sebiji jer warna tu, takkan ada tiga, cam ganjil pulak walaupun kami anak beranak memang bertiga.. huhu. Dahlah motif mesti nak sama, sejenis OCD.. nasib tak kronik, hihi.

Mandarin mug tu pun sama, nak jugak Mandarin mug walaupun ada pelbagai jenis mug lain. Lepas tu nak semua rose warm wishes. Ada satu seller tu, kau beli satu ke, dua ke, enam ke, harga tetap tak ada diskaun. Nasib jumpa seller yang baik hati carikan motif sama ni dan bagi lagi diskaun, semoga bertambah lagi rezeki dia, Aamiiinnn.

Eh, ni nak cerita pasal sarapan ke pasal pinggan??

Hehehehe

Buat American Breakfast pagi ni sebab terlanjur ada salad. Okey, sebenarnya tak ada idea jugak nak sarapan apa. Iman kata nak sandwich telur tapi semalam lupa beli roti. Sebabnya pagi ni ada belajar tentang coding, jadi kalau makan sandwich senang nak makan sambil belajar. Dah mak dia buat sarapan ala hotel buffet ni, camno anak nak makan. Iman kata, nanti-nanti dia makan, habiskan kelas dulu. Mak malas nak layan, janji makan.. mak nak lipat kain baring 😂


Tags

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. fuyyooooo!!!
    Nak join laa bekfes england style ni...

    "BIG BREAKFAST 1 SET, please!" :p

    ReplyDelete
  2. sekali-sekala kita makan style english plak! baru rasa dok overseas gak...

    ReplyDelete
  3. Sekali sekala makan ala ala matsalleh style hahaha. Cantik pinggan tuu warna hijau :D

    ReplyDelete
  4. Lamanya tak buat English breakfast

    ReplyDelete
  5. dapatkan jackpot yang besar hanya di IONQQ
    WA: +855 1537 3217

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!