IKAN PARANG MASAK LEMAK CILI API

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum...


LAUK yang dimasak ibu Sk ketika datang ke Senai, khamis lepas. Hari tu macam biasa,Sk akan datang bawa makanan. Disebabkan Sk balik ke rumah dulu ambil Iman, kebetulan dia habis kelas awal pulak hari tu, jadi Sk tapau Mee Mamak dan Takoyaki dari gerai dalam taman. Sekali sampai Senai, ibu tanya, nak makan nasi tak, sebab dia masak. Eh, teruslah on, makan nasi lauk Lemak Cili api ikan Parang, hihi.

Lama sebenarnya ibu tak masak hari khamis. Biasanya Sk atau Angah akan beli makanan. Kadang Cik Ani pulak tiap khamis malam bawakan nasi lemak. Apa ke rajin beno dia masak nasi lemak. Sk ni paling malas la masak nasi lemak sebab malas nak sediakan aksesorinya, hihi.

Tak cukup makan di Senai, tiap tapau lauk ikan parang bawa balik. Sedap sangat air tangan ibu. Resepi masak lemak ibu ada penggunaan bawang berbanding Sk yang memasukkan kunyit hidup sahaja. Kalau selalunya ikan parang dimasak asam pedas, masak lemak pun sedap tau. Ikan parang, masak singgang pun sedap tapi feel dia kurang la. Kadang kalau tak ada stok cili kisar, ibu goreng jer ikan parang dan curah minyak gorengan atasnya sebab ikan parang ni bila dimasak macam cair sikit lemaknya, tu yang goreng pun sodapppp, hahaha.

Syukur, Alhamdulillah 😍



Tags

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Nanti nak cubalah.. sebab tak pernah masak lemak.. biasa asam pedas ajerrr

    ReplyDelete
  2. Masak lemak ikan parang, memang menyelerakan. Kena dengan sambal belacan lagi bertambah sedap. Bak kata orang, mertua lalu pun boleh tak perasan. Kebetulan siang tadi makan masak lemak juga, tapi masak lemak daging.. 😋😋

    ReplyDelete
  3. biasa ikan parang kitorang masak asam pedas SK. bila tengok gambar masak lemak ni sedap la pulak

    ReplyDelete
  4. SAa suka ikan parang masak macam ni...lepas tu campur tomato belah 4...sedapnyaaaa

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!