Assalamualaikum...
PAGI ini seperti biasa ada Program Membudayakan Al-Quran. Kami panggil MBQ atau Majlis Budaya Quran. Sejak Pandemik Covid 19 melanda dunia, MBQ tidak lagi meriah seperti dahulu di mana majlis diadakan di dewan kolej. Masing-masing berbaju melayu lengkap bersampin lelakinya dan yang perempuan berjubah lip lap lip lap. Masa inilah masing-masing nak bergaya selepas hari-hari mengadap kuliah teori dan amali di bengkel. Biasanya hari khamis,cuma kuliah teori akan dijalankan.
Kadang-kadang ada penceramah dari luar yang dijemput memberi ceramah. Kami juga ada ustaz yang akan memberi ceramah setiap minggu jika tida jemputan khas. Namun, sejak tidak lagi dibenarkan beramai-ramai atas sebab menjaga jarak sosial, MBQ masih dijalankan tapi secara bergilir mengikut kursus. Dah lama hilang kemeriahan tapi MBQ masih tidak dilupakan. Di kalangan staf, kami membuat bacaan yassin dan tahlil di bilik mesyuarat.
Wah,nampak sedap sungguh tu.macam menggamit kerajinan suruh buat nih...hihihi
ReplyDeleteSedap nampaknya tu SK. Tapi PH belum pernah makan lontong darat ni.
ReplyDeleteDulu masa intern ada jugak majlis baca al Quran ni setiap pagi khamis. Lepas tu ustaz datang ceramah. Tapi sejak pkpb, pkp dah tak ada majlis ni. Kalau baca pun, baca sendiri je kat meja masing masing.
ReplyDeleteSelamat menjamu selera
ReplyDeleteTak pernah makan lontong darat dan apa jua jenis lontong..pernah cuba tapi macam tak leh terima..
ReplyDelete