BELI BARANG VIRAL DI ECO SHOP

Seri Kandi Tanah Jauhar
11

 Assalamualaikum... 

SIAPA peminat Eco Shop kat sini, tentu tahu apa barang yang viral di Eco Shop. Sk ni sibuk dengan kerja kadang tak kisah sangat dengan barang viral tapi yang tukang kisahnya, Si Iman la. Ada jer gossip dia pasal eco ni dari segi barang yang dijual atau pelanggan yang datang berkunjung yang dilihatnya di laman sosial Tik Tok.

Macam baru-baru ni, katanya, ada seorang pelanggan tu datang ke eco nak beli wallpaper corak batu bata putih. Bila barang yang dicari tak ada, dia pun tanyalah dengan staf eco tu. Rupanya, ada jer wallpaper tu tapi dalam stor dan dah ada yang tempah suruh simpankan. Marahlah pelanggan tu, sebab macam tak adil pulak pada pelanggan yang datang walk-in kan. Sepatutnya siapa cepat dia dapat laaa.. omputeh kata, first come first serve, tak gituh?


Haaa... gambar atas ni adalah gambar terkini Sk ke Eco Shop. Terkini tu bukan semalam, bukan minggu lepas tau tapi pada 5 Februari lepas, dah sebulan, hahaha. Adoi, dah sebulan tak pergi Eco Shop rupanya, hihi. Sebelum tu, pantang nampak Eco Shop, mesti nak masuk. Sebab, nak cari barang viral. Tapi penyudahnya, barang viral tak ada, barang lain yang terbeli. Tapi, pada kunjungan 5 Februari tu, puas hati sangat sebab barang viral yang dicari dah dapat, hahaha. Tapi, taklah Sk bagi clear terus rak dekat eco tu, tinggallah sikit untuk orang belakang, huhu. Jadi, bila dah dapat semua barang viral tu, dah tak ada lagi keinginan nak ke eco. Habiskan dulu apa yang ado.

Nenas pun beli kat eco, hehehehe.. sedap buat jus 😍😍 Yang barang viral tu, yang atas sekali tu, multi-purpose cleaning wipes ala cosway tu. Sebelum ni SK beli dari shopee, ni cuba pulak kedai eco. Beza memang berbeza la, maklumlah RM2.10 takkan nak banding dengan yang harga RM6 kan. Penyerapannya tak terbaik la tapi bolehlah buat lap-lap.

Sebelah tu, Anti Bacterial Wipes, haaa.. yang ni memang best, puas hati sangat. Sebelum ni Sk guna jenama Mr DIY, RM5, tapi yang Ganso ni baru RM2.10, memang berbaloi-baloi la dengan kuantiti dan kualiti yang sama. Biscolata tu orang kata rasa dia macam Kinder Bueno, jadi kita belilah nak rasa, betul ke? Coklatnya memang sedap tapi biskut dia tak biasa aje la, takkan dia lagi sedap dari Kinder Bueno kan... okeylah tu.. RM2.10 jer, tapi amek sampai lima, RM10.50 jugak membayonyer 😝
Tags

Post a Comment

11Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. dah lama gila tak pergi kedai eco..berbahaya sangat masalahnya..hahahhaha..hari ni beli hook penyangkut dekat shopee 0.33 sen..bahahahahhahaha

    ReplyDelete
  2. bahaya eco ni, kalau masuk saja susah nak kluar haha

    ReplyDelete
  3. Hamboii nenas pun ada kat Eco. Baru tahu ni. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  4. perghhh sekali SK soping..... :D

    ReplyDelete
  5. Kuat saka kedai eco ni yer.. Hihihi

    ReplyDelete
  6. Ait tadi dah komen hilang pulakkk...ermmmmm

    ReplyDelete
  7. ada 9 permainan poker menarik di AJOQQ :D
    ayo segera bergabung dan dapatkan bonusnya :D
    WA : +855969190856

    ReplyDelete
  8. Okey nanti nak pi kedai Eco la...hahahaha...lama giler gak x pergi...

    ReplyDelete
  9. Berbaloi beli banyak barang kat Eco sebab mesti ramai beratur... So puas hati lepas dah beli mcm mcm.. Kah!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!