Mid Valley Megamall menawarkan penjimatan hebat pada Shopee 4.4
Hari Jualan Mega ini!
KUALA LUMPUR, 25 Mac 2021 - Rakyat Malaysia kini kembali mengunjungi pusat membeli-belah untuk mendapatkan barangan yang diidami sambil berjalan-jalan dan berhibur setelah kian lama duduk di rumah untuk mengekang penularan Covid-19. Oleh itu, Mid Valley Megamall KL bekerjasama dengan Shopee untuk menawarkan e-baucar menarik dengan potongan harga sehingga 60% daripada kedai-kedai yang mengambil bahagian pada Shopee 4.4 Hari Jualan Mega ini!
Para pengunjung di Lembah Klang yang ingin ‘menghadiahkan’ diri mereka sepasang kasut baru yang cantik dari JD Sports boleh memilih tawaran Me Time Bundle, manakala pasangan yang mengunjungi pusat membeli-belah tersebut boleh menikmati Sweet Date Bundle di mana mereka berdua dapat menikmati sesi urut kaki yang melegakan di Thai Odyssey.
Bagi ibu bapa yang bersiar-siar bersama anak-anak, mereka boleh memilih ‘Family Fun Bundle’. Tawaran ini pasti akan menggembirakan si kecil setelah mereka menjamu selera di Pizza Hut, mendapatkan buku kegemaran dari MPH Bookstore dan menikmati aiskrim yang menyegarkan dari Baskin-Robbins.
Buat mereka yang inginkan staycation, tawaran dari Cititel dan The Gardens - A St Giles Signature Hotel & Residences pasti menarik hati. Hotel-hotel ini terletak bersebelahan dengan Mid Valley Megamall KL dan amat sesuai sebagai tempat istirehat setelah berjalan-jalan di pusat membeli-belah.
Berikut adalah butiran lebih lanjut mengenai tawaran-tawaran* ini yang boleh ditebus di Mid Valley Megamall KL:
Selain itu, anda berpeluang memenangi 44,444 Syiling Shopee apabila anda menambah nilai sekurang-kurangnya RM50 ke dalam dompet ShopeePay anda. Acara membeli-belah ini juga akan melancarkan kerjasama eksklusif antara jenama-jenama fesyen dan selebriti, iaitu Pestle & Mortar x Jameson, Roscani x Fatin Afeefa, Tomorrow Showtime x Amelia Henderson dan Hype x Kide pada 30 Mac.
Antara sorotan lain bagi kempen ini ialah Shopee 4.4 Mega Show yang akan disiarkan di Shopee Live, Astro Ria dan Astro Gempak pada 3 April, jam 9 malam. Acara ini akan menampilkan persembahan daripada bintang-bintang ternama seperti Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Zizi Kirana, Hazama, Elizabeth Tan dan Naim Daniel serta legenda Dato’ M. Nasir.
Acara membeli-belah ini akan memuncak pada 4 April dengan penampilan Midnight Madness dari 12 tengah malam - 2 pagi dengan Tawaran dan Baucar Khas 4.4, Super Brands Spotlight, penstriman langsung Shopee Live tanpa henti dari pukul 9 pagi dan banyak lagi. Kumpulan gadis K-Pop terkenal di dunia, Mamamoo, yang dipilih menjadi 4.4 Mega Celebrity serantau Shopee, akan mempersembahkan lagu-lagu hit mereka secara eksklusif di Shopee Live dari jam 9 malam - 11 malam.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai 4.4 Hari Jualan Mega, layari -
*Jangan lupa untuk membaca terma dan syarat serta tempoh sah bagi baucar-baucar ini.
Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.
Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih