KARI AYAM YANG MENYELERAKAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum...

DAH sampai kemuncak jemu makan di luar, Sk memutuskan untuk memasak Kari Ayam sebagai lauk untuk makan malam, malam tadi, hihi. Plannya, jika ada lauk yang berat macam tu, bolehlah jugak jadi lauk untuk Iman tengahari ini. Jadi, tanpa meminta pendapat sesiapa, dalam grup Sk suruh Iman defrost ayam yang kami beli di NSK sebelum Bakar-Bakar Di Hari Jadi Ibu, tu. Masa tu, beli ayam dua ekor asing-asing dan Sk terus sumbat ayam tu sekor-sekor (dah siap potong doblas) ke dalam peti ais. Jadi, sebelum tengahari dah pesan Iman untuk rendam ayam dalam besen, heheh.

Pak Inche pulak, memang tak akan membantah la kan kalau masak kari. Tanpa disuruh, terus dia beli lada merah dan limau kasturi untuk buat sambal belacan. Yang tu memang kontrak tetap dia la, siap dah sain (sign) darah tau. Kalau nak makan sambal belacan, tumbuk kisar sendiri. Kita dah siap masak nasi dan lauk dah syukurrrrrrrrr.. hihi. Kebetulan pulak, masa Tahlil hari tu, ada kawan bawa Ulam Pucuk Janggus, jadi Sk bawa balik sebab tu kesukaan Pak Inche. Suka sangat dia makan pucuk janggus dengan sambal belacan dan kari ayam, berselera sungguh, hilang penat memasak balik kerja. 


Lepas mandi, baru mula memasak. Macam biasalah, Sk ni memasak memang main sambil-sambil jer. Sambil panaskan minyak di kuali, sambil kisar bawang, sambil menumis, sambil bersihkan ayam. Kari ayam Sk simple jer, kentang tak ado, tomato pun tak ado. Malas nak masukkan sebab dorang semua makan ayamnya sajo. Lagipun memang tak ada benda-bendanya, hahaha. Selalu Sk suka masukkan cili padi tapi kali ni tak masukkan sebab tinggal sikit cilinya, haha.  Aduh, nak kena pergi shopping ni, semua benda dah habis. Bawang pun dah habis tau, last la masak kari ayam ni, hihi. Ayam goreng memang wajib setiap kali masak kari, kan. Jadi, ada ayam kari, ada ayam goreng. Abaikan budak comot yang ngendeng kari ayam tu ya, hihi. 

Kari Ayam Sambil-Sambil 😝

1/2 ekor ayam dipotong kecil
Minyak untuk menumis
1 batang serai diketuk
1" halia hiris kasar
1 kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 biji bawang holland dikisar halus
1 biji bawang merah besar dikisar halus
2 tangkai daun kari
2 sudu besar rempah kari ayam
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kunyit
Air secukupnya
2 asam keping

Cara-cara :

1. Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis dan bunga lawang sebentar.
2. Masukkan bunga cengkih dan biji pelaga, halia, serai dan bahan kisar, tumis hingga garing, masukkan daun kari, kacau sekejap.
3. Masukkan rempah kari, serbuk cili dan serbuk kunyit serta sedikit air, kacau hingga sebati, tambah sedikit air, kacau lagi hingga pecah minyak. Terus tumis dan kacau sekali sekala, tambah air jika perlu.
4. Bila tumisan dah cantik pecah minyak, boleh tambah air secukupnya dan masukkan ayam, masak kira-kira 10 minit, kemudian masukkan asam keping, biar merenih.
5. Masukkan garam secukup rasa, siapppp!



Tags

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Hari ni ingat mak SA masakkan kari ayam kampung..last2 dia msg cakap masak ayam kg masak lemak cili api campur pucuk maman....erm....lambat lagi nak balik ni

    ReplyDelete
  2. Kari memang kena lawan dengan sambal belacan & ulam.Ops,satu lagi wajib ada ikan goreng...hihihi

    ReplyDelete
  3. eh eh kita nampak kaki ayam laaa...
    alamakkk.... montot ayam xde kan tu? ;)

    ReplyDelete
  4. Kelakarlah SK... kari ayam sambil-sambil pulak dah hahahahhaa!

    ReplyDelete
  5. Fuhhh nikmat ni.. Terus terasa nak makan kari ayam.

    ReplyDelete
  6. Kari ditambah sambal belacan memang onzzz.

    ReplyDelete

  7. IONQQ menyediakan permainan poker, domino99, bandarq, bandarpoker,aduq,sakong,perang bacarat dan capsa :D
    ayo ditunggu apa lagi
    WA : +855 1537 3217

    ReplyDelete
  8. kari ayam makan dgn sambal belacan dan ulam.. sedapppnyaa

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!