Assalamualaikum....
SEMPENA kedatangan Ramadhan kurang dua puluh hari lagi, hari ini telah berlangsung Majlis Tahlil dan Doa Selamat di kolej yang melibatkan staf kolej sahaja. Disebabkan majlis perlu mematuhi SOP, maka ianya diadakan di Dewan Besar Kolej bagi memastikan penjarakan sosial.
Bacaan Yassin dan tahlil dipimpin oleh dua senior staf kolej, En Shaharudin dan En Nasri. Walaupun hari ini kurang berseri tanpa kehadiran ustaz tapi tetap diberkati majlisnya dengan tuan berdua, terima kasih.
Penjarakan sosial.. tukang kemas dewan kekalkan kedudukan meja selepas musim peperiksaan, hihi. Dah rasa macam student pulak hari ini. Lepas majlis, ambil bonjrot masing-masing dan makan di tempat masing-masing.
Sedekah dari orang perseorangan, semoga dilimpahkan lagi rezekinya.
Chicken Pie juga sumbangan individu.
Ada yang dapat menunaikan hajat.. bubur merah bubur putih.
Wah! Ada bubur merah, bubur putih! Dua tiga hari ini rasa teringin sangat nak makan bubur merah!
ReplyDeleteIkan bulu ayam tu sedapnya.
ReplyDeletealhamdulilah....
ReplyDeletetahun ni kami x dapat nak baut tahlil sempena ramdhan...
Moga sampai ke Ramadan tahun ni..Amin
ReplyDelete