MAKAN MAGGI MACAM KOREA

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum...

MALAM semalam Pak Inche tak ada rumah sebab bertugas di Stadium Larkin perlawanan bola sepak antara JDT2 menentang Perak. Jangan tanya Sk siapa yang menang, memang Sk tak ambil port, haha. Kalau tetiba ada orang tanya, barulah nanti SK akan tanya Pak Inche perkembangannya. Tak ada kepentingan, gituuu.

Disebabkan masih kenyang sangat makan Nasi Daun Pisang tu, jadi Sk tak bercadang untuk memasak atau keluar makan dengan Iman. Tapi, dalam kepala ni teringat, Khamis hari tu, Iman ada sediakan bahan tumis untuk masak maggi sebab tak dapat balasan whatsapp order online makanan tengahari. Tup-tup, baru jer nak hidupkan api dapur, katanya.. barulah masuk whatsapp order proceed. Jadi, dia simpan baliklah bahan nak ditumis tu. Sk cadangkan supaya Iman masak maggi tumis jer untuk makan malam semalam, terlanjur dah adakan bahannya.  Sekali dia terbalikkan cadangan tu, apa kata bonda yang masak? Yaya lama tak makan maggi tumis bonda, huhuhu.

Baiklah, anaknda... 😎

Tapi tunggu lapar.. laaa.. 9.30 ke... , kata Iman.
Ngam pukul 9.15 terus perut berkocak-kocak, hahaha.


Siap masak, angkut periuk ke depan sebab nak makan sambil tengok cerita Mira FIlzah berlakon, apa tu, suami masa depan? Hahaha. Makan stail orang dalam drama Korea makan ramen konon, ceduk terus dari periuk suap ke mulut sambil tadah dengan mangkuk kecik. Ni kalau mak aku nampakkkkk... setahun berleter tak habis, hahahaha.

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. kalau tak minat nak tau, mmg taklehy buat apa ! hahahah yg penting maggi ni sedap hehe

    ReplyDelete
  2. Kat rumah SA jangan harap boleh buat macam tu..kat rumah SA ni, makan kena proper...hahaha..tp kalau kat rumah sewa dulu selamba je...

    ReplyDelete
  3. Betul betul makan ala korea hahaha.
    Kalau family saya nampak pun, sampai ke sudah kena bebel sebab makan macam tu.

    ReplyDelete
  4. Perut berkocak-kocak tu agaknya penuh dengan air kot .... hihihihiii.

    ReplyDelete
  5. Orang dulu2, memang pantang makan menggunakan periuk ni

    ReplyDelete
  6. Uish, kalau macam ni makannya memang sedar-sedar habis je hehehehe

    ReplyDelete

  7. agen dengan 100% player vs player hanya di IONQQ :)
    WA : +855 1537 3217

    ReplyDelete
  8. plastic container - 5 reasons why it is the best option .
    bottle packaging vs jar packaging which one is better?
    5 best suppliers cosmetic packaging malaysia

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!