SOTONG SAMBAL DENGAN PETAI VS PUCUK UBI MASAK LEMAK

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum...

MEMANG susah nak jaga diet di pejabat, kecuali jika puasa.Itupun ada yang dah sahur tapi tak tahan godaan pagi-pagi ada kawan pelawa makan, hahahaha.


Tuari, Fidah bawa Sotong Sambal Petai. Lepas tu beli nasi dua polisterin penuh, makan ramai-ramai.. fuhhhh! Yang masak sambal ni bukannya Rafidah, tapi suaminya Farid. Belum jadi pengantin lama lagi, Sk ada tulis tentang Majlis Perkahwinan Rafidah dan Farid sebelum ini. Tengok sambal dia, kemahen rajin mereka menghiris petai tu, kalau Sk masuk sedebuk terus sebiji-sebiji, paling rajin belah dua aje. nasiblah kalau ada ulat, anggaplah itu udang, hahahaha.. hahahaha.


Sekarang di kafe Kak Sab, hari-hari ada lauk Pucuk Ubi Masak Lemak. Ada sekali tu, Pucuk Turi Masak Lemak. Lepas tu bubuh Sambal Belacan, Ikan Goreng ke, ikan kering goreng ke, wallawehhhh! Makan tak ingat orang belakang teruih!


Lauk yang sentiasa laku, Sambal Goreng. Disebabkan tak nak campur ketiga-tiga lauk ni, Sk makan tiga mangkuk sudu nasi berasingan. Iyo... Sk makan tiga sudu aje.. percayalahhhhh!


Kuih-muih pun ada. Sekarang, cer cite, celah mana boleh turun 10 kilo???

Erkkkk!


Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sedapnyaaaaa pucuk ubi masak lemakkkk. Lama dah tak makan. Kalau hidangan macam ni setiap hari, alamatnya, tak turun 10 kg tapi naik 10 kg pulak hahaha

    ReplyDelete
  2. Kombinasi yang mantap. Memang jadi satu perjuangan besar nak diet kalau ginilah caranya. Aduh terliur la pulak tengok masak lemak tu.

    ReplyDelete
  3. x pernah makan pucuk ubi masak lemak putih..tapi sambal petai tu buat geram aih..hehehe

    ReplyDelete
  4. ok kita dok dendia...
    kita x makan petai hehehe ...
    tapi kita suka udang.. erkk...

    ReplyDelete
  5. Semua lauk ajak tambah nasi tu..aduh,dah lama tak makan petai.rinduuuuuuu petai..

    ReplyDelete
  6. permainan poker dengan pelayanan CS yang ramah dan terbaik hanya di IONQQ :D
    WA: +855 1537 3217

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!