ASAM PEDAS MAK LIMAH PULAK

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum...

BETULLAH tu komen Wak Warisan Petani, lepas dapat Beriani King, rasa nak makan Asam Pedas pulak.. 😝


Memandangkan sudah bersarapan pagi di hotel, jadi tiada agenda mencari sarapan di Muo. Ialah, rasa rugi pulak membayo kalau tak bersarapan di hotel walaupun bukan makan buffet tapi cukup untuk menngenyangkan perut masing-masing. Yang tu, nanti kita cerita lain tapi kali ni, Sk ingin mengajak pembaca Alam Sari ke Restoran Asam Pedas Mak Limah yang terletak di Batu Pahat. 

Dalam hujan yang mencurah-curah, akhirnya kami sampai juga di restoran ini yang dicadangkan oleh seorang kawan sekiranya berhajat untuk makan asam pedas di Batu Pahat. Selepas mengambil suhu badan dan imbas MySejahtera, kami beratur menunggu giliran duduk di meja. Dah datang waktu tengahari, memang ramai yang sedang menjamu selera. Kebanyakannya sedang menikmati kepala ikan, wowwww!

Sampai giliran kami, rupanya dah kehabisan sayur sebagai hidangan sampingan. Yang ada cuma telur dadar dan sambal belacan. Nasib baik ada lagi bahagian isi ikan merah dan memang cuma ada ikan merah yang tinggal. Selepas membuat pesanan, nasi akan diberi yang perlu dibawa sendiri ke meja. Tidak lama kemudian, pelayan menghantar sambal belacan dan telur dadar.  Sementara tunggu asam pedas dihidangkan, Sk dan Pak Inche meratah telur dan sambal belacan dengan nasi sebab tak tahan lapar, hahaha. Tu yang dalam gambar nampak nasi luak kat tepi, sudu garfu bertempiaran tu. Tengah syiok makan, orang hantar asam pedas, teringat nak ambil gambar sebelum ikan luak, huwa huwa huwa.

Kredit Gambar maqan.my

Rasa Idaman Hati, tagline - Asam Pedas Mak Limah. Bagi mereka yang sukakan asam pedas, tak salah mencuba tapi ingat tau, sedap tu subjektif. Bagi Sk, rasa asam pedas Mak Limah tidaklah luar biasa tapi bukan biasa-biasa. Kalau tidak, tak mungkin ramai yang sanggup beratur demi semangkuk asam pedas, kan. Rasanya sejak tahun lepas atau dua tahun lepas (macam tak wujud jer tahun 2020 tu, kan), beberapa kali kami ke Batu Pahat tapi tak dapat makan di sini sebab restoran tutup, nahhh.. akhirnya rezeki sampai juga semalam. 

Asam Pedas Mak Limah

Jalan Rugayah, Kampung Pegawai, 86300 Batu Pahat, Johor

Telefon 016 722 0409

(sederet dengan KFC)


Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. tu dia tengah lapa kan..heheh..jauh sgt nk ke sana..insyaallah nanti boleh cuba la

    ReplyDelete
  2. nampak sngt kedai ni mmg sedap kan, sbb ada lauk yang habis cepat

    ReplyDelete
  3. Pandai Wak teka selera SK sekeluarga ye. Belajar nujum dari mana tu Wak.

    ReplyDelete
  4. Tak pernah nampak tak sedap.. Setiap kali tengok makanan kat sini memang rasa lapo

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap.. tak sangka Muar ada asam pedas sedap ya.. ingat Mee Bandung aje hehehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!