KARI DAGING DUA HARI - Alam Sari Di Tanah Jauhar

KARI DAGING DUA HARI

 Assalamualaikum...

WOW sangat bila Pak Inche suruh masak Kari Daging sebab baru hari tu masak Kari Tulang, kan. Dah namanya anak mami mamak, lauk kari ni memang selalu la kena ada di atas meja makan. Tapi, kalau selalu jemu pulak, tapi dalam jemu tu, cuba disua masa lapar, memang licin nasi sepinggan. Cuba kalau tengah kenyang, bagi kambing golek dengan pulut kuning pun rasa tak mahu pandang, hihi.


Jadi, standard la bila masak kari daging, Sk akan masak banyak untuk dua kali makan. Ni pun ada siiiiikit lagi, bolehlah kot rajin nak menjala pulak, kan. Tapi, rasa macam tak cukup banyak untuk makan dengan roti jalan, kalau setakat cicah roti gardenia enak dimakan begitu saja tu mungkin cukup, hahaha.


Biasanya kalau dah masak kari daging, mesti ada daging kicap goreng untuk Pak Inche. Tapi sebab semalam, kari daging tu dah recycle, jadi lawannya ikan masin goreng bubuh bawang dan cili padi banyak-banyak. Ni memang tak boleh buat selalu sebab nanti makannya pun bertambah-tambah.. huhu.


Telur mata goreng letak kicap pulak la untuk orang yang suka kicap, hihi. Lepas pecahkan telur dalam kuali, kena terus tuang kicap supaya kicap tu sebati dengan telur. Jangan tuang lepas angkat dari kuali, nanti kicapnya tak melekat, hihi.

Dah penat memasak untuk minggu ni.. dan mungkin ada yang dah jemu nak makan di rumah. Semalam pun Pak Inche dah ajak makan di luar tapi SK lebih rela masak nasi dan panaskan lauk kari daging, goreng telur dan ikan masin dari bersiap untuk keluar, hahahaha. 

Jadi, malam ni la baru kita makan di luar ya.. lepas ni nak jjcm merentas daerah pulak
kui.. kui..


7 comments:

  1. Kari daging tu...yang tahan nak terkam bila nampak cili hijau! Addeeeeehhhh... dah macam rupa nasi ganja pulak dah!
    Tu... ikan masin dengan bawang goreng tu, tiba-tiba terlupa kari daging kat atas nu!

    ReplyDelete
  2. untungla bini pandai n ruajinn masak.. 😅

    ReplyDelete
  3. Sama laaa, kalau kita masak pun mesti masak lebih hahahaha

    ReplyDelete
  4. hhahaha telo kicap paling wow!! :D

    ReplyDelete
  5. JACKPOT yang besar hanya di AJOQQ :D
    WA : +855969190856

    ReplyDelete
  6. Huwaaaaa.....sedapnyaaaa...kenapa kejam sangat ni....nak makan kari daging tapi tu la kena puasa daging....lepas 10hb boleh kot

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih