Assalamualaikum...
LUPA betul ambil gambar Nasi Goreng Kampung dari kuali Sk pagi ini, tup tup Iman tag Sk di ig stories tengah nak makan nasi goreng sambil mengadap kuliah dalam talian.. hihi. Sebenarnya, Sk pun berbekal nasi goreng, boleh jer nak ambil gambar tupperware sendiri tapi belum dibuka dan dimakan lagi nasi gorengnya. Ada gambar Iman ni, kita guna gambar dia ajelah, hahaha.
Sejak Iman mula kuliah ni, memang kena pastikan dia makan ikut waktu supaya tidak kelaparan semasa kuliah berlangsung. Masa tak ada kuliah, lainlah, bila-bila rasa lapar boleh cari makanan kat dapur atau order online. Tapi kalau lapar masa kuliah, mana sempat nak berkejar. Nanti nak belajar pun tak masuk otak. Jadi, setiap hari Iman akan masak nasi, lauknya Sk akan masak lebih malam sebelumnya atau macam semalam, kita tapau tomyam Senoko, hehe. Takpun, kita tapau siap-siap lauk dari kafe Kak Sab.
Jadi, semalam Iman dah masak nasi ada lebih, petang tu, Sk masak lagi nasi untuk makan malam sebab takut tak cukup, jadi pagi ni bangun tengok jam, belum pukul 5.30 lagi, teringat nasi berlebih-lebih, terus laju-laju buat rencah untuk nasi goreng. Bukan apa sangat, cuma cili padi, bawang besar sebiji dan dua genggam ikan bilis, semua dikisar jer, kuasa nak menumbuk pagi-pagi.. haha. Pecah telur dua biji, siap sekuali nasi goreng. Terus makan semangkuk masa panas-panas, baru kick! Pak Inche pun kata, boleh juga bawa bekal nasi goreng. Tu hari-hari komplen makanan bukan main mahal kat BBU tu... huhu. Nasib baik tempat Sk ada kafe Kak Sab.. syukurrrrr 😍😍😍
Bawak bekal makanan sendiri lagu syok dan nikmat daripada makan kat luar kan :D
ReplyDeleteok saya nampak air blkg tu je!! hehehe slurrppp.....
ReplyDeleteVisit My Website :
ReplyDelete> nonton bokep
> download bokep
> streaming bokep
SK uiii...komn atas ni laman web lucah...heheheh...delete le..
ReplyDeleteTeringin nak bawak bekal nasi goreng ke office..masalahnya pagi2 tak sempat sebab SA naik bas 6.30 ke KL...hanya sempat tapau nasi dan lauk masak malam tu je..
ReplyDelete