KEPAH GORENG BERCILI

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum...

HILANG semua rasa bersalah tak masak masa Hari Cuti Keputeraan Sultan Johor kelmarin, bila tengok Pak Inche bukan main berselera lagi makan nasi berlaukkan Daging Masak Merah dan Kepah Goreng Bercili yang Sk masak malam semalam. Sambil suap daging merah, sambil meratah kepah. Iman pun seronok la dua-dua tu lauk kegemaran dia. Kadang pelik budak seorang ni, kupang tak makan tapi kepah dan lala, suka pulak. Dialah yang paksa Pak Inche ceduk kepah dalam tong air yang dijual di pasaraya NSK. Bila semalam, Sk beritahu dalam grup, nak masak Daging Merah, dan suruh Iman rendam daging, terus Pak Inche suruh Iman rendam kepah ni sekali. Mula, Sk ingatkan, biar Pak Inche masak kepah dan Sk masak daging tapi tengok rupa dia balik kerja macam kepenatan beno sebab sejak beberapa hari lepas, dia sibuk dengan latihan sistem baru di pejanat. Tahulah kepala otak orang dah remaja purba ni, manalah nak masuk kepala sistem-sistem baru ni, otak dah macam sponge bob yang dah tak serap air sabun dah, hahahaha.


Bahan kisar yang Sk gunakan untuk masak Kepah Goreng Bercili ni pun sebenarnya disediakan oleh Pak Inche. Masa tu dia masak Ikan Kerapu Tiga Rasa, SK belum masukkan lagi dalam blog ni, hihi. Dia tu kononnya nak celen Ikan Siakap Tiga Rasa Yang Terlampau Sk tu, rupanya, dia punya pun ke lautttt, kahhhh. Jadi, bahan kisar tu ada lebih, SK simpan. Nasib baik lah sedap jugak bila Sk masakkan dengan kepah ni. Lepas tu, bila tanya, dia dah letak garam belum, dia pun tak ingat, hahaha. Sk cuma tambah gula aje, sebab bila Sk rasa, memang dah bergaram pun. Jadi, tak dapatlah nak kongsi resepinya, ya. Tapi, rasanya cuma serai, halia, bawang dan cili jer tu.

Disebabkan kepah yang dibeli ni kecik beso kecik beso aje aku menengoknya, jadi waktu masing-masing masak (terbuka cengkerangnya) tu tak standard. Yang kecik-kecik tu terbuka dulu, yang besar-besar bukan main lama menunggu. Orang kata, kalau kepah atau haiwan bercengkerang tak terbuka masa masak, janganlah kita sibuk nak mengopeknya kerana mungkin dalamnya pasir semata, tapi Sk berani buka sebab Pak Inche beli kepah yang dalam tong/ kolam tu. Alhamdulillah, yang tak terbuka tu mungkin cuma degil, tak ada pasir pun, huhu.


Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Lala retak seribu tu dapat gaul rencah dia dengan nasi panas pun dah sedap

    ReplyDelete
  2. Fav SA ni SK...nak plak baru ni terasa ruginya..abah beli sampai 2kilo dan fresh lagi .dia pi tinggalkan kat kaunter family store tu ..terbang RM40

    ReplyDelete
  3. makin tua ni, berfikir lebih sikit pun dah penat kadang huhu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!