HARI INI CUTI.. NO MASAK-MASAK

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum... 

SEPATUTNYA post ini muncul semalam, tapi dari lepas Zuhur sampai pukul 5, Sk menjahit mata, hahahaha. Malas nak tukar tajuk, kita biarkan jer tajuk itu begitu.. huhu.


Kisahnya minggu lepas, Sk memenangi hadiah baucer penginapan 2D1N anjuran Sunah Sakura. Dah.. toksah cari kat post mana dia buat pertandingan tu, sebab ini pertandingan dalaman antara JDT Blogger sahajo, hihi. Jadi, semalam pagilah baru Sk pergi ambil baucer tu. Sebelum tu, pergi tapau sarapan dulu.. memang dah dalam kepala ni nak makan lontong sebab mengenangkan Rendang Daging Anniversary tu ada lagi. Dahlah tak frozen-kan.. letak kat fridge aje, tengok rupa molek lagi, rupanya itulah yang dikatakan  'don't judge a book with a cover', hahahaha.. dah tak elok dah rupanya, terus kaup keluar masuk Cik Tong, huhu.

Eh, cantik tak koleksi terkini Cik Port kita??? kui kui.

Untuk Iman, Sk belikan lontong jugak. Lepas tu nampak sandwich, beli sandwich pulak, sebab bolehlah dia kuliah sambil sarapan, kalau lontong macam susah, kan.. berkuah, nanti tumpah pulak atas laptop, huhu. Untuk Pak Inche, Sk belikan nasi lemak,  tapau dalam kotak plastik tu. Sk ni bab beli sarapan memang kadang itu nak, ini nak, pagi kan laparrr, haha. Pak Inche kirim suratkhabar sebab nak check iklan hari jadi Sultan. Jenuhlah berpusing-pusing cari suratkhabar. Rupanya bukan orang jer yang dah tak baca suratkhabar, kedai termasuk 7E pun dah tak jual suratkhabar, huhu.

Lepas tu nampak pulak Nasi Lemak Daun Pisang, berhenti la singgah beli, hihi. Nampak tak, punyalah banyak tapau makanan, haha. Tiber.. tengahari Pak Inche tanya, nak masak apo?

Eh, hari ini cuti ya.. C U T I.. no masak-masak. Untunglah pagi-pagi ni dah mendobi, siap sidai tengah panas, sekarang nak suruh masak?? No no no.. Hari cuti nilah nak merasa jadik Tapak Sulaiman ko...

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Hahahaha kita pun cuti ni, kebetulan Suami pun kerja luar, Yana pun duty, Amat je sorang, yang memang melekat jee kat bilik.. lapar baru turun.. so pepandai le ko makan hahaha

    ReplyDelete
  2. kita dah lama cuti memasak ni heheeh:p
    eh eh mana citer cuti2 voucher 2h1m tu?
    ke blm pegi lagi cuti nya

    ReplyDelete
  3. Sekali sekala jadi tapak sulaiman hahaha, time cuti la boleh rest and makan puas puas.

    ReplyDelete
  4. Lama dah saya cuti masak. Jom sambung lagi cuti masak-masak ni SK.

    ReplyDelete
  5. tahniah Sk dpt hadiah baucer tu :)

    ReplyDelete
  6. Hahaha...jaman now kalo cari surat khabar nampak naw old school...Saya pun salah seorang🤭

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!